Daniel Hakim : Kenapa Shah Alam?

Kenapa Shah Alam yang aku pilih? Berikut adalah alasan-alasan aku berdasarkan pandangan dan pengalaman aku selama ini :
Faktor Harga & Kadar Sewa :
Memandangkan kedua-dua rumah tersebut adalah unit low-cost 2 bilik, maka adalah tidak munasabah yang harganya akan terus meningkat pada masa hadapan. Bagi aku walaupun di kawasan strategik seperti Wangsa Maju, RM130K pada aku adalah terlalu tinggi bagi jenis hartanah sebegitu. Kenapa? Di sini teori permintaan dan penawaran akan mengambil tempat terhadap logik harga bagi unit tersebut. Jika anda seorang penyewa (tanpa mengira bujang atau pun keluarga), sanggupkah anda membayar sewa sebegitu mahal hanya untuk satu unit rumah dengan hanya mempunyai 2 bilik untuk didiami. Katakanlah BLR bank meningkat pada masa akan datang dan kadar sewa terpaksa dinaikkan untuk menampung kadar kenaikan BLR, adakah akan ada penyewa yang akan sanggup membayar kadar sewa semahal RM1K hanya untuk  sebuah walk-up low-cost flat 2 bilik di Wangsa Maju?

Faktor Pinjaman Bank :
Cuba korang bayangkan yang korang ni tukang luluskan loan di Bank dan si Daniel ni pergi berjumpa korang untuk memohon pinjaman. Korang rasa pinjaman yang mana lebih mudah untuk korang luluskan? Adakah pinjaman yang kecil atau besar jumlahnya? Malah, ratio calculation yang selalu digunakan oleh pihak Bank sudah pasti akan menyebelahi unit yang lebih rendah instalmentnya. Tak gitu beb?

Faktor Pengalaman :
Orang kita jenis yang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang terutamanya ketika  membeli rumah. Tanpa berfikir panjang serta tanpa ilmu dan pengalaman, orang kita akan membeli secara membabi buta walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi (berdasarkan pengalaman aku).  Akibatnya sekali mereka ‘terkena’ atau apabila timbul masalah, mereka terus mati langkah dan mulalah mereka berkata “menyesal aku beli rumah ni sebab risikonya tinggi” dan atas pengalaman sebeginilah, maka aku nasihatkan engineer muda ni untuk bermula dengan unit yang murah dulu. Dapatkan feel dan kutip pengalaman dulu sebagai landlord tanpa perlu mengira keuntungan yang besar. Lagipun ini cuma  langkah pertama ke arah langkah-langkah yang lebih besar. Mungkin untuk pembelian berikutnya, beliau boleh mula memikirkan tentang keuntungan yang lebih besar. Bak kata pepatah melayu lama “kecil-kecil lama-lama jadi bukit”.
Apa pun faktor-faktor di atas cuma dari kacamata aku yang sudah 12 tahun terjebak dalam bidang ini. Mungkin korang tak sependapat dengan aku sebab resam manusia, tak semuanya bersetuju dengan cara aku dan mungkin ada yang berkata “kalau macam ni caranya, lambatlah nanti nak jadi kaya” tetapi bagi aku “walaupun lambat, korang PASTI akan  senang satu hari nanti dengan cara aku ini”, insyaallah.

14 Comments

  1. parang September 24, 2010
  2. anip September 24, 2010
  3. wakif September 24, 2010
  4. Anonymous September 24, 2010
  5. sabri September 24, 2010
  6. pantaier September 24, 2010
  7. anip September 24, 2010
  8. semang September 24, 2010
  9. Anonymous September 24, 2010
  10. Anonymous September 24, 2010
  11. parang September 25, 2010
  12. Fauzi September 27, 2010
  13. fiz October 6, 2010
  14. mohd nasir October 9, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge