Dari Majalah Pelaburan ke Majalah Hiburan

 

2007. Kali pertama muka aku dipetakkan di sebuah majalah berteraskan pelaburan yang dikenali sebagai ‘Personal Money’. Temuramah yang dilakukan menerusi telefon telah menghasilkan satu artikel yang ‘menakjubkan’, disusun seolah-olah akulah pelabur hebat yang patut khalayak pembaca ketahui rahsianya.

Abang Ensem in Personal Money 2007

2013. Usai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network, peluang menghiasi dada-dada majalah dan akhbar semakin terbuka luas. Bermula dengan Akhbar Kosmo!, Utusan Malaysia dan klimaks kepada semua ini, apabila aku diundang sebagai kolumnis Majalah Apartmen Impiana bermula Edisi April-Jun 2013.

Abang Ensem in Apartmen Impiana

Edisi 27 April – 3 Mei 2013. Majalah Media Hiburan buat pertama kalinya menampilkan wajah ensem aku di mukasurat 31. Thanks to The Singing Blogger yang telah memungkinkan wajah aku terpapar di majalah khusus buat golongan retis dan kalau korang nak tahu rasionalnya Abang Ensem dikaitkan dengan golongan retis ini, jangan lupa untuk mendapatkan Majalah ini yang masih berada di pasaran ketika ini.

Muka depan majalah yang memetakkan wajah aku di mukasurat 31nya

Muka depan majalah yang memetakkan wajah aku di mukasurat 31nya

AE : Adakah ini petanda awal yang aku bakal menjerumuskan diri di dalam dunia retis? #POYO.. hehehe.

16 Comments

  1. KiD April 29, 2013
  2. afif April 29, 2013
  3. zaza April 29, 2013
  4. fazrol April 29, 2013
  5. Syukri Tahir April 29, 2013
  6. Ladfe Amir April 29, 2013
  7. Melastik Bintang April 29, 2013
  8. abangkhai April 29, 2013
  9. Dr Fuh April 29, 2013
  10. elieza April 29, 2013
  11. zuan April 29, 2013
  12. eyriqazz April 29, 2013
  13. hisham April 29, 2013
  14. Suhairi Alias April 29, 2013
  15. TripleD April 30, 2013
  16. Syuhada Baharudin April 18, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge