Deposit Rumah

 

Suka untuk aku kongsikan persoalan yang diutarakan oleh seorang pembaca blog aku yang bertanyakan tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya dikhuatiri yang pinjamannya berkemungkinan mengalami kegagalan sedangkan deposit rumah telah pun dibayar kepada si penjual. Adakah beliau berhak menuntut deposit tersebut dikembalikan?

Sebenarnya aku tidak mempunyai jawapan terhadap persoalan di atas lebih-lebih lagi sekiranya transaksi jual beli berlaku secara direct dengan owner tetapi apa yang pernah aku lakukan sebelum ialah :

  • Aku akan berbincang tentang perkara ini (pemulangan deposit) terlebih dahulu sebelum deposit aku berikan kepada penjual.
  • Sekiranya penjual bersetuju untuk memulangkannya nanti, aku akan meminta ‘persetujuan ini’ direkodkan dan ditandatangani dalam bentuk hitam putih beserta saksi dan satu klausa berkaitan ‘persetujuan ini’ aku masukkan di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P).

Dengan cara ini, setidak-tidaknya akan menjaga kepentingan di pihak aku sekiranya pinjaman aku tidak diluluskan nanti. Apa pun, aku tidak berani mengatakan yang cara ini adalah cara yang terbaik sebaliknya korang mungkin boleh kongsikan cara dan pengalaman korang sendiri di ruangan komen di bawah.

AE : Sebaik-baik cara adalah cara yang disyorkan oleh lawyer korang sebelum deposit diberikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 Comments

  1. KiD September 13, 2012
  2. azman September 13, 2012
  3. halif September 13, 2012
  4. ReM September 13, 2012
  5. zuan September 13, 2012
  6. hawa September 13, 2012
  7. aslam September 13, 2012
  8. boni kacak September 13, 2012
  9. hatiputera September 13, 2012
  10. alhamidi September 18, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge