Dua Kali ‘Panas’

 

Panas je aku sepanjang perjalanan pulang dari Cuti-Cuti Malaysia ‘Melaka’ semalam.

Sudahlah sepanjang aku berada di Melaka, suhu badan aku tidak mahu turun-turun, dan demam aku pula diburukkan lagi dengan pakej batuk yang tidak henti-henti. Alih-alih semasa sedang memandu pulang aku dikejutkan dengan satu panggilan ‘panas’ dari ibu kepada salah seorang penyewa rumah aku.

Topik hangat yang cuba dibakarnya adalah berkaitan mesin basuh rumah sewa aku yang rosak sejak beberapa hari yang lalu. Seakan satu arahan, aku diminta membaikinya secepat mungkin kerana kasihankan anak beliau yang mengalami kesukaran untuk berganti baju.

Perbualan yang pada mulanya berada dalam ‘kawalan’ aku akhirnya mula bertukar ‘ganas’ apabila beliau mula menyerang aku dalam nada sinis. Sudahlah tiada kata maaf atas kerosakan mesin basuh, sudahnya peti ais ‘kurang sejuk’ juga dijadikannya poin bagi membuktikan yang aku adalah tuan rumah yang tidak bertanggungjawab ke atas penyewa-penyewa ‘Islam’ (ayat yang sering diulang-ulangnya). Malah menurut beliau lagi (yang turut mempunyai rumah sewa), jika ada di antara penyewanya yang komplen, pasti akan dibaikinya dengan kadar segera sehinggakan dalam hati aku terdetik untuk menjawab, “Takkan kalau penyewa yang rosakkan, Puan sanggup untuk membayarnya sendiri tanpa perlu meminta si penyewa menanggung kerosakannya?” tapi apakan daya, aku masih boleh bertahan lagi, namun ayat terakhir aku kepada beliau, “Kalau macam tu, Puan boleh suruh anak Puan cari rumah lain je la” yang kemudiannya mendatangkan amarah di pihaknya dengan leteran sinis tanpa henti dari beliau dan untuk tidak mengeringkan air liur aku, aku cuma mampu berkata, “Ask your daughter to call me. Then, I’ll decide how”.

Satu dua kata aku berikan kepada ketua rumah sewa aku selepas itu samaada “New machine with a higher rental amount or basuh sendiri baju you all with the current rental rate” dan apa yang mampu si ketua rumah katakan ialah, “Kami bincang dulu Bang. Nanti saya call abang balik”.

AE : Teringat zaman aku student dulu, bila mesin basuh tuan rumah kami rosak, tanpa banyak soal aku suruh je ex-ex awek aku tolong basuhkan.. hehehe. What a day!! 

P/S : Bukan penyewa tak bayar sewa yang menjadi masalah utama aku sebagai landlord sebaliknya fe’el penyewa-penyewa manja seperti inilah yang memeningkan aku. Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang akan buat?

22 Comments

  1. KiD November 17, 2012
  2. Nadot November 17, 2012
  3. Fairdaus November 17, 2012
  4. shahril sidek November 17, 2012
  5. aslam November 17, 2012
    • Manaf November 17, 2012
  6. ohcikgu November 17, 2012
  7. boni kacak November 17, 2012
  8. Elieza November 17, 2012
  9. Zarul Umbrella November 17, 2012
  10. hatiputera November 17, 2012
  11. halif November 17, 2012
  12. Lynn November 17, 2012
  13. Faizalpj November 17, 2012
  14. Azizan November 17, 2012
  15. nizam November 18, 2012
  16. Hafizul November 18, 2012
  17. wynn78 November 19, 2012
  18. Hawa November 19, 2012
  19. nizam November 19, 2012
  20. WiE November 20, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge