Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 3)

Sumber ke 2 ni aku tak berani jamin korang semua ada ke tak sebab mungkin korang ada tapi tak se’ciput’ aku dan mungkin jugak korang tak penah langsung mengenal ‘benda’ yang aku nak ceritakan nanti. Namun, sebelum aku meneruskan cerita aku ni, perlu diingatkan bahawa entri aku ni belum masuk lagi bab-bab nak menggandakan duit tapi lebih kepada nak cerita dulu dari mana duit tu datang sebab kalau takde duit camne aku nak gandakan, betul tak? Ok.. sambung balik tentang sumber aku yang satu ni, tak lain tak bukan dari duit BONUS aku setiap tahun.

Bonus merupakan antara sumber terpenting aku masa memula invest dalam property ni. Mungkin amaunnya tak banyak (maklumla time tu gaji ciput je), tapi cukup untuk aku buat modal kembangkan duit sebelum aku start membeli rumah. Bab bonus ni bagi aku sensitif sikit sebab tak semua company ada bagi bonus. Kalau keje cam aku tu, insyallah la ada la sebulan dua punya bonus tapi kalau company kecil tu mungkin ada yang tak merasa langsung. Walau apa pun aku percaya bagi yang takde tu mungkin Allah dah sediakan rezeki dari sumber yang lain pulak, insyaallah. Duit bonus ni biasanya aku park dulu kat ASB/ASW sehingga datang peluang untuk aku menggandakannya. Kekadang tu aku park sampai 2-3 bulan dan kekadang tu tak sampai 2-3 hari sebab peluang-peluang ni datangnya tak menentu. Bagi aku duit bonus yang aku terima ni lebih untuk aku peruntukkan sebagai downpayment untuk rumah yang aku nak beli especially masa awal-awal dulu sebab selepas tu, “no money was needed to buy another property“. Mesti korang tension kan? Sabar.. sabar akan aku ceritakan cara aku tu nanti. 

Tips n Thots : Korang kena tahan nafsu dulu bila time bonus sebab aku tau time ni le ramai yang tak nyempat-nyempat nak tukar kete baru le, henpon baru le tak pun nak menambah bini baru. Betul tak? hehehe

One Response

  1. Anonymous July 13, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge