Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 4)

Ok, sumber terakhir modal aku adalah daripada duit yang aku ketepikan setiap bulan dari gaji aku. Amaunnya kalau korang nak tau takde la banyak mana pun, cuma RM50 je setiap bulan pada peringkat permulaannya dan amaun tu aku tambahkan RM50 setiap kali aku dapat increment.  Aku rasa mungkin korang ada amaun yang lebih yang korang boleh ketepikan setiap bulan jika nak dibandingkan dengan aku tapi percayalah dari disiplin inilah yang akan memungkinkan korang untuk terus menambah koleksi rumah korang nanti.

Sebenarnya amaun yang aku agihkan setiap bulan ini hanyalah sebagai duit tambahan bagi menampung segala caj-caj berkaitan dengan pembelian rumah seperti bayaran legal fees, valuation fees dan lain-lain fees tanpa perlu mengusik duit bonus yang solely aku gunakan sebagai downpayment rumah dan sepertimana duit bonus yang aku park sementara kat dalam ASB, duit agihan setiap bulan ini pula aku simpan di dalam ASW sementara menantikan peluang untuk menggandakannya. Jadi, mungkin korang boleh cuba sediakan beberapa simpanan seperti di atas yang mempunyai fungsi dan peranannya masing-masing.

Tips n Thots : Bonus = Downpayment Rumah & Simpanan = Caj-caj Berkaitan Pembelian Rumah

6 Comments

  1. Anonymous July 14, 2010
  2. abang ensem July 14, 2010
  3. Anonymous July 14, 2010
  4. Anonymous July 14, 2010
  5. safa December 17, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge