Ebook

leaderboard2 denaihati Banner

eBook pertama tulisanku menceritakan serba sedikit tentang diriku di alam pelaburan hartanah. Memiliki sejumlah aset yang di luar jangkaan sesetengah orang yang menganggapnya sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Turut dimuatkan keratan majalah Personal Money yang telah mewawancaraku berkaitan strategi dan teknik pelaburan yang aku lakukan selama ini. Bagi anda yang ingin mengetahui berapa banyakkah jumlah aset pelaburanku, sila isi klik tempahan anda di bawah.

Kenapa subsale property (rumah terpakai)? Persoalan yang pasti bermain di fikiran anda. Strategi pelaburan aku selama ini lebih terarah kepada rumah jenis ini kerana dengan rumah jenis inilah, aku mampu untuk mengumpul ‘beberapa’ buah rumah tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak, malah kadangkala tanpa modal langsung dan sebelum terhasilnya ebook ke 2 berkaitan cara-cara ‘MEMBELI RUMAH TANPA WANG’, adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui terlebih dahulu prosedur dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membeli rumah jenis ini. Untuk itu, apa tunggu lagi.. klik sahaja link tempahan di bawah untuk tujuan pembelian.

 

Ha.. 14 buah rumah! Banyaknya. Macamana ko boleh ada banyak camtu? Boleh pulak loan ko tu lepas semuanya” antara soalan yang kerap kali aku terima setiap kali ada di antara mereka yang tahu tentang hobi gilaku ini dan atas keinginan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan anda, maka aku telah bukukannya di dalam ebook ke 3 ini. Ebook setebal 30 mukasurat yang hanya dipenuhi dengan teks ini diolah berdasarkan soalan-soalan yang telah aku kumpulkan selama ini. Harapanku semoga anda turut sama mendapat manafaat dari cara dan kaedah yang telah aku praktikkan selama 12 tahun di dalam bidang hartanah ini.

 Kerap kali aku ditanya adakah kesemua 14 buah rumah aku itu dibiayai oleh bank dan apabila jawapannya “YA”, aku mula lihat satu kerutan di muka si penyoal.

Aku pasti bukan si penyoal sahaja yang hairan dengan jawapan ini malah anda yang sedang membaca tulisan ini turut kebingungan, apatah lagi sekiranya aku memberitahu yang jumlah keseluruhan instalment 14 buah rumah aku ini jauh melebihi slip gaji aku setiap bulan. “Biar betul?” hati kecil anda pasti menyoal dan bagi menjawab persoalan tersebut, maka terhasillah ebook ke 4 ini bagi membuka mata anda yang ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

11 tips yang telah aku praktikkan semenjak aku mula melabur telah aku muatkan di dalam ebook ini dan selama 13 tahun, tips-tips tersebut tidak pernah menghampakan aku dan untuk itu, ingin aku kongsikan kesemuanya dengan anda pada harga serendah RM25. Semoga anda akan mendapat manafaat dari kesemua 11 tips tersebut.

Aku bukanlah seorang yang mahir tentang subjek IT. Mungkin disebabkan aku dilahirkan pada zaman yang segala-galanya bergantung kepada mesin taip, maka subjek IT menjadi begitu asing bagiku. Malah untuk membuka akaun e-mail sekali pun aku terpaksa meminta bantuan rakanku tetapi berkat keinginan, usaha dan strategi yang betul, beserta doa dan tawakal, rezeki yang diperolehi dari subjek yang asing inilah yang akhirnya menjadi sumber rezeki aku kini, setelah pendapatan yang terhasil selama 3 tahun dari blog ini telah mampu untuk menyamai pendapatan makan gaji aku selama ini dan jika anda ingin mengetahui rahsianya, maka e-book ini ditulis untuk manafaat anda di masa depan.

Tempah Ebook Sekarang!

16 Responses to Ebook

  1. matjoe says:

    Those yg serius utk melabur dalam hartanah adalah disarankan utk membeli e-book ni. padat bermanfaat lagi tepat.

  2. Juan says:

    salam abg ensem, yg berbentuk buku ader x, kalau ada saya nak beli
    Juan recently posted..Projek Hari Jumaat

  3. farid says:

    salam AE,

    sudah buat payment beli ebook 4 bjik…pls check..

    TQ

  4. irwan says:

    semua ebook ni ada dlm bentuk buku x???

  5. Saya dah buat pembayaran untuk keempat2 ebook.. X sabar nak tau tips dari pakar pelaburan hartanah. Saya juga nak jadi pakar seperti AE

  6. Rizal says:

    Abg Ensem, saya baru bayar tadi utk 4 buku. Please confirmkan… form tu tak sure lepas ke tak masa saya submit tadi.

  7. syamil_izwan says:

    same here..dh buat pembayaran untuk 4 ebook semalam, dan buat pengesahan tengah hari tadi.. :)

  8. Hanif says:

    AbangEnsem takde buat affiliate ker? Kan best kalau ada. Boleh tolong promote. Hehe :D
    Hanif recently posted..5 tips blogging yang boleh menarik perhatian pembaca

  9. Azizan says:

    Assalamualaikum AE, saya baru je transfer pembayaran untuk semua ebook tersebut kul 8.28pm tadi. TQ

  10. YOPI says:

    Ae..saye ader beli e-book kesemua…please check email

  11. pak ensem says:

    AE,
    nape dah kaya dgn 14 biji umah masih nak jual ebook at RM 25 each???

    • Sharifah says:

      Bagi saya tujuan utama menjual ebook bukanlah untuk mendapat keuntungan RM semata-mata. Yang pentingnya ilmu dapat disampaikan dan mudah-mudahan diamal oleh pembaca. Ilmu yang bermanfaat akan menjadi pelaburan akhirat. Masyarakat lebih mudah mencapai maklumat dalam bentuk ebook.

  12. balkis says:

    Dah buat payment untuk kelima-lima buku. Harap ambil maklum.
    Tak sabar nak membacanya :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge