Ebook Hartanah Terkini Di Pasaran

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah juga industri ebook bergenrekan pelaburan hartanah.

Jika dulu tiada siapa yang ingin menghasilkan ebook sebegini. Malah sehingga ke satu peringkat, aku terpaksa meyakinkan beberapa pakar hartanah tanahair untuk mula menulis segala yang berkaitan dengan hartanah tetapi semuanya dibalas dengan 1001 alasan yang akhirnya membantutkan usaha pengembangan ilmu ini.

Itu cerita dulu. Kini segalanya berubah. Seorang demi seorang sifu hartanah telah mula menghasilkan buku digital bertajukkan hartanah, antaranya otai homestay/rumah lelong, Tuan Shafie Bustan. Setelah kejayaan ebook pertama beliau (dengar-dengarnya berjaya mengaut keuntungan hampir RM10,000 dalam masa sebulan tanpa bantuan affiliater), ebook kedua CINTA RUMAH SUBSALE mula menyusul dan hari ini merupakan hari pertama ianya dijual. Tidak dapat disangkal lagi akan kepakaran beliau dalam bidang ini dan aku dapat rasakan yang ebook beliau pastinya amat berbaloi untuk dimiliki (walaupun aku belum membelinya.. hehehe).

Selain beliau, sebuah lagi ebook baru TIPS POWER LULUS LOAN RUMAH (yang telah pun aku baca) terhasil dari tulisan Tuan Hafizi Zain yang mem’bongkar’kan seluruh pengalaman beliau ketika membuat pinjaman untuk beberapa buah rumah dan lot komersial yang baru sahaja dibelinya.

Dari seorang yang zero tentang tips dan teknik mudah lulus pinjaman dan setelah bertemu dan mendapatkan nasihat dari aku (chewahhh), akhirnya beliau berjaya memastikan setiap permohonannya itu diluluskan tanpa banyak soal dari pihak bank dan berikut adalah komen jujur aku terhadap ebook tulisan beliau,

“Anda WAJIB baca ebook ini SEKIRANYA anda adalah seorang PENIAGA dan NEWBIE dalam urusan pinjam-meminjam ini. Walaubagaimanapun jika anda mengharapkan susunan ayat-ayat baku di dalam ebook beliau sepertimana ebook aku, pasti anda akan hampa kerana ayat-ayat sebegitu bukanlah keutamaan penulisan beliau di dalam ebook ini, sebaliknya penekanan yang lebih utama adalah TIPS-TIPS POWER ketika memohon yang pada aku jauh lebih bernilai dari susunan bahasanya”

Sekali lagi nasihat dari aku terhadap kedua ebook ini, jika anda mempunyai bajet lebih, mungkin kedua-dua buku ini berbaloi untuk anda beli (bukan ayat promosi ye.. hehehe).

AE : Terasa macam dah malas nak terbitkan ebook dek kerna saingan yang terlalu banyak. Bukan apa, nanti mesti korang perasan yang aku punya jauh lebih teruk dari yang lain-lain.. huhuhu.

7 Comments

  1. Shahril sidek August 26, 2013
  2. Anuar August 26, 2013
  3. drInspirasi August 27, 2013
  4. ahmad ijat September 1, 2013
  5. Nadot September 6, 2013
  6. alesya September 14, 2013
  7. kak ina kl September 18, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge