Ebook Hartanah Termurah Abad Ini

 

Kita tolak ketepi free ebook tulisan beberapa blogger hartanah seperti Akak Rohaniah dan Tuan Minda Hartawan sebaliknya aku ingin bercerita tentang ebook terbaru yang baru aku beli hari sabtu yang lepas.

Ebook bertajuk “Pembiayaan Semula Pinjaman (Refinancing)” tulisan pakar hartanah kita, Dr Shah Razali yang boleh korang miliki pada harga serendah RM9.90. Ebook berkisarkan tentang selok-belok refinancing yang menjadi salah satu cara aku mendapatkan modal untuk rumah-rumah aku sebelum ini, telah diceritakan dalam bentuk nota-nota penting untuk korang jadikan panduan. Walaupun sekadar nota ringkas tetapi bagi aku ianya mampu menjadi cetusan idea untuk korang lebih mendalami perihal subjek ini. Walaupun sedikit sebanyak nota yang diketengahkan telah pun aku ketahui tetapi terdapat juga beberapa teknik yang pada aku mampu membolehkan korang mengumpul lebih banyak kekayaan, antaranya menerusi teknik refinancing melalui insurans, overdraf dan juga pakej flexi tetapi AWAS, jangan sekali-kali bergantung kepada ebook ini sahaja sebaliknya cuba untuk merujuk subjek yang dibincangkan dalam ebook ini dengan mereka yang terlatih. Apa pun bagi aku, ebook ini sememangnya berpatutan untuk korang jika hendak dibandingkan dengan nilai RM9.90 yang ditawarkan.

AE : Aku bukanlah afilliate member Dr Shah Razali atau pun dibayar untuk entri ini sebaliknya hanya sekadar berkongsi apa yang telah aku miliki.

9 Comments

  1. Sya Isya March 13, 2012
  2. quicky March 13, 2012
  3. zuan March 13, 2012
  4. madammondoq March 13, 2012
  5. RN9 March 13, 2012
  6. KiD March 13, 2012
  7. fasz March 13, 2012
  8. Adzuliza March 13, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge