Ekspo Hartanah Bumiputera Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam

Terima kasih buat Ir. Shahril Izwan kerana text aku semalam memberitahu tentang Ekspo Hartanah Bumiputera Selangor yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam. Aku ni nama je duduk kat Shah Alam tetapi apa yang berlaku kat sekelilingnya, langsung aku tak ambil tahu. Maka selesai saja sesi ‘meningkatkan kolestrol’ (lunch le tu) di Restoran Kampung Pandan semalam, tiada tempat lain yang ingin aku tuju melainkan lokasi berlangsungnya ekspo ini.

Sesampai je aku ke sana, aku disambut dengan para promoter yang sibuk memberikan pamphlets dan brochures yang berkaitan dengan projek hartanah masing-masing. Apa yang menariknya ialah hampir separuh daripada projek yang ditampilkan adalah projek-projek yang masih ‘baru’ lagi dan ini sememangnya menarik minat aku walaupun aku tidak berkeinginan pun untuk membelinya.. hehehe. Almaklum sahajalah, aku cuma membeli hartanah di bawah nilai pasaran (subsale property) dan bukannya projek-projek perumahan baru. Walaubagaimanapun secara kasarnya (perlu dinilaikan dengan lebih teliti lagi), aku tertarik dengan 2 projek berikut yang pada aku mempunyai prospek peningkatan harga di masa akan datang tapi kalau korang rasa nak beli, tolong fikir masak-masak sebab harganya melebihi angka RM250,00-00. Mahal tu beb..

AE : Aku tidak dibayar untuk promosi projek ini dan aku juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah ke atas projek ini kerana aku cuma menilainya secara kasar sahaja tanpa buat homework.

2 Comments

  1. AkuTakHensem July 10, 2011
  2. Shahril Izwan July 11, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge