“Who is he?” persoalan yang masih belum berjawab sekiranya korang membaca entri sebelumnya.
Ya, beliau adalah Tuan Syamil Fahim, Chief Operating Officer (Operation) Kumpulan Media Karangkraf. Beliau jugalah yang mengetuai tim yang bertanggungjawab mecipta perubahan dan pembaharuan dari ‘mass printing media’ kepada ‘digital technology media’, seiring dengan perubahan pantas teknologi digital yang berlaku ketika ini.
Ya, bagi korang yang kurang faham dengan apa yang aku maksudkan, mungkin LINK INI boleh menjelaskan kekhilafan/kekeliruan korang terhadap mukadimah aku di atas.
Ya, Kumpulan Media yang telah berdiri kukuh selama 34 tahun di persada industri ilmu ini telah mula merevolusikan dunia pembacaan dan penerbitan dengan kewujudan Gedung Buku secara online yang dikenali sebagai eMall Karangkraf. Mengambil keberkatan tarikh Hijrah 1 Muharam, bersamaan 15 November 2012, eMall ini telah mula menemui pengunjungnya dan aku difahamkan, seramai 2,000 pelayar internet telah berkunjung ke ‘url’nya hanya selepas beberapa jam ianya dilancarkan.
Ya, aku turut menjadi antara yang bertuah kerana dipilih untuk menghadiri press conference tentang kewujudan eMall ini semalam. Majlis yang berlokasikan Garden Lifestyle Store & Cafe di The Curve telah dirasmikan oleh ‘the guy with a brilliant IQ’, Tuan Syamil Fahmi sendiri dan turut dihadiri oleh rakan media, blogger dan barisan artis-artis ternama Malaysia.
Ya, kekaguman aku semakin bertambah apabila yang dilancarkan oleh beliau bukan sekadar gedung pembelian secara online sahaja sebaliknya ‘kecanggihan interactive media’ yang ada pada setiap majalah yang dibeli. Cuba korang bayangkan (yang perempuan sahaja) apabila korang membeli majalah Hijabista, satu video khas tentang pemakaian tudung/skaf oleh para modelnya turut dipertontonkan untuk korang ikuti and same goes to Media Hiburan, korang juga boleh menikmati alunan lagu penyanyi yang albumnya dimuatkan di dalam ruangan ‘Album Baru’. Tidakkah ianya mengujakan?
Ya, seusai majlis tersebut, jika lazimnya para artis menjadi tumpuan rakan media/bloggers yang hadir tetapi tidak bagi aku. VIP atau perasmi majlis tersebut akan menjadi mangsa tangkapan aku untuk berceloteh dengan lebih lanjut dan tujuannya tidak lain tidak bukan, untuk mendengar dan mendapatkan pandangan beliau tentang hala tuju produk terbaru yang dirasmikannya. Pelbagai soalan berkaitan kesan mikro dan makro dari kewujudan eMall ini aku ajukan kepada beliau. Dan dari jawapan yang diberikan oleh beliau, ternyata ‘the Group’ akan selamat berada di dalam jagaan COOnya yang brilliant. His contingency plan is superb eventhough his age is more or less than ‘my number’.
Ya, sesi semalam berakhir dengan kenangan yang agak manis apabila beliau mempelawa aku untuk ‘mengeteh’ bersama-samanya jika ada kelapangan, tetapi as usual.. I know who I am dan aku tidak akan mengganggu masa emas beliau.
AE : Sayangnya impian aku untuk bergambar dengan MINAH INI tidak menjadi kenyataan dek kerna kekangan masa yang mencemburui kami. *mode : kuciwa*
Tahniah AE… kerana telah dipilih untuk menghadiri press conference tentang kewujudan eMall Karangkraff ini… 😉
Anuar recently posted..Tak sangka Beautiful Nara pun ada sekali..
Fatin liyana tak turun sekali ke bro?
eyriqazz recently posted..Bayi Jantung Berlubang Perlukan Bantuan
Tahniah bro..kerna dijemput menghadiri event tersebut.
Sudah kena masanya kumpulan Karangkraf mempunyai channel pemasaran online nya tersendiri supaya pelbagai majalah keluaran mereka dapat berada lebih dekat lagi dgn pembaca di era digital sekarang.
tarmizi recently posted..Seronoknya Mendulang Emas; Lubuk Mandi revisit – bhg 1
Tahniah….bro
wynn78 recently posted..Wang Emas nilai sebenar
Ya, sungguh berkesan perkataan Ya tersebut di setiap perenggan. Ilmu baru dari karangkraf kot. Ya! Sudah pasti.
halif recently posted..Mentor
wah..cik epal pun ada jugak tu..best gila..hehehe
whoaaa…. skang nie AE dah buat coverage untuk event launching yea…. sempoi la bro
hazman aka species1980 recently posted..HyppTV SyFy HD – End Of The World
Kalau tahu AE ada kat PC Karangkraf tu nak gak jumper….banyak sgt soklan nak tanyer direct face 2 face.
Takpe Emma. Rumah saya dekat je dengan ofis Karangkraf kat Seksyen 15 tu. Awak roger je saya, nanti boleh kita lepak kat Cafe awak tu.
wah best dan terbaik
Juan recently posted..Bounce Rate Terbaik
@Abang Ensem,
Bagi ebook Free-Free ajer kat Pak Ensem? Bahaya!
Orang yang jenis mempertikaikan hasil karya/kerja seseorang itu biasanya jenis yang
tidak bersyukur atau tidak menghargai hasil kerja dari pengalaman seseorang.
Berisiko untuk dia sebarkan semula secara percuma kepada orang lain tanpa kebenaran juga.
Berisiko… Sangat Berisiko..
Cukuplah sekadar memberi penjelasan kerana orang macam ini biasanya juga
‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.
Sekadar pendapat dari pengalaman sahaja.
Ikhlas,
Amin Johar (AJ)
AminJohar.com recently posted..Senjata Penjejak Ralat 404