Entri Panas

Seperti biasa, pasti akan ada suara-suara tidak berpuas hati dengan apa yang aku lakukan. Jika di awal kewujudan blog abangensem.com, terdapat hater yang menafikan kredibiliti aku sebagai pelabur hartanah (boleh baca di —>SINI). Kemudian, saat Mini Seminar Subsale Abang Ensem mula menjengah pasaran seminar hartanah, ada suara-suara nakal yang mengatakan seminar aku murah sebab akan ada upsell untuk ‘advance module’nya nanti dan alhamdulillah, sehingga siri seminar aku yang ke 23, yuran penyertaannya masih lagi sama RM88.00 (kecuali di luar Lembah Kelang RM188) dan tiada langsung advance class yang aku buat. Malah, apabila para peserta meminta aku mengadakan advance class, jawapan aku.. “Korang boleh pergi ke seminar-seminar advance anjuran Dr Shah Razali, Pie mahu pun Tuan Bri. Gua memang takde plan nak buat advance class” (macam pernah dengar ayat-ayat ni dalam seminar aku, kan?).

Kini, satu lagi isu mula timbul tatkala Kelas Saham pertama berjaya aku anjurkan Sabtu lalu. “Buat duit dari seminar saham pula kerana seminar hartanahku sudah tiada sambutan”, antara tuduhan yang dibuat oleh ‘seseorang’ dan aku tidak pasti samaada mahu mengiya mahu pun menidakkan isu tersebut sebaliknya aku membuka ruang untuk korang menilainya, sebaliknya apa yang ingin aku perjelaskan ialah motif sebenar aku mengadakan Kelas Asas Saham?

Pada mulanya sememang aku ingin mengelak daripada membicarakan perihal pelaburan saham walaupun aku telah terjebak di bidang ini sedari tahun 1997 lagi, yakni ketika serangan matawang oleh George Soros yang menyaksikan hampir kesemua kaunter berada pada harga yang amat rendah. Namun, aku TERPAKSA membicarakannya juga tatkala aku melihat semakin ramai pelabur-pelabur hartanah yang mengeluh di ketika isu kenaikan RPGT, sekatan DIBS, singkatan masa bagi Refinancing semakin menyukarkan hasrat mereka untuk mendapatkan modal tambahan. Lalu aku merasa terpanggil untuk berkongsi akan kaedah penambahan modal yang selama ini aku rahsiakan iaitu menerusi pelaburan saham.

Ya, pelaburan saham sememangnya berisiko tinggi tetapi hanya untuk mereka yang tiada ilmu, yang pelaburan mereka dikuasai oleh Fear and Greed. Namun, sekiranya mereka berilmu, pulangan sebanyak 20% setahun tidaklah sesukar mana untuk dicapai. Namun, aku bukanlah orang yang paling layak untuk bercerita. Justeru aku hadirkan seorang penceramah yang telah berada di pasaran selama 30 tahun (satu angka yang cukup lama) dan turut menerajui beberapa institusi yang berkaitan dengan industri saham. Ya, beliaulah Tuan Haji Zainal Ariffin Bin Osman, mantan Timbalan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) merangkap Pengerusi Koperasi Remisier Malaysia Berhad yang jauh lebih layak dari aku untuk bercakap tentang perihal saham ini. Alhamdulillah pelawaan dari orang se’kecil’ aku ini diterima dengan tangan terbuka oleh beliau walaupun pada masa yang sama, ada nama besar industri seminar yang sedang cuba untuk menyuntingnya namun gagal.

Itulah sebenarnya nawaitu aku. Bukan sebab untuk ‘kaya dengan seminar/kelas’ mahu pun kerana seminar hartanah aku tidak laku kerana segala rezeki aku di dunia ini telah pun diatur olehNya. Apa yang lebih penting bagi aku ialah berusaha untuk memandaikan pembaca blog ini dan rakan-rakan media sosialku di dalam aspek pelaburan. Wallahualam.

Portfolio AE

Portfolio AE

AE : Tak sabar rasanya untuk berkongsi portfolio pelaburan saham aku untuk tahun ini dengan ‘Grup Pemain Saham Ensem’ku di Fesbuk.

15 Comments

  1. fazrol November 11, 2013
  2. Faizalpj November 11, 2013
  3. Anarm November 11, 2013
  4. Najib Asaddok November 11, 2013
  5. KiD November 11, 2013
  6. Myvitrd November 11, 2013
  7. eyriqazz November 11, 2013
  8. Farid Adam November 11, 2013
  9. Jen Jen Izaicun November 11, 2013
  10. nashar November 11, 2013
  11. eridy November 11, 2013
  12. Jamal November 11, 2013
  13. adikensem November 11, 2013
  14. dayah November 12, 2013
  15. peruzz November 12, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge