Bulan lalu kita dikejutkan dengan isu pegawai atasan dan staf PKNS yang memiliki rumah/flat kos rendah yang sepatutnya diberi kepada ‘mereka yang kurang berkemampuan’. Berbagai pandangan dan pendapat dilontarkan samaada dari kalangan ahli politik, penjawat awam, para wartawan dan tak kurang juga badan-badan NGO yang mewakili rakyat. Aku sebenarnya malas nak komen bab-bab ni sebab ianya diibaratkan seperti menarik rambut dari tepung, aku kena pastikan rambut tu tak putus dan tepung pula tak berserakan. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya aku sebenarnya terlibat secara tidak langsung di dalam isu ini. Bagi mereka yang telah membeli eBook aku pasti tahu jumlah rumah/pangsapuri kos rendah yang aku miliki dan soalan lanjutan berkaitan pemilikan ‘harta’ tersebut telah ditanyakan oleh reader aku, Encik Fauzee dalam entri aku yang lepas.
Ya, memang aku memiliki beberapa buah rumah/pangsapuri kos rendah tapi aku tidak memilikinya secara ‘1st hand’ sebagaimana dalam isu staf-staf PKNS tu sebaliknya kesemua ‘harta’ aku itu diperolehi samaada dari proses lelongan atau pun dari seller yang terdesak dan menghadapi masaalah kewangan yang kritikal. Bukan setakat tu je, kesemua pembelian aku itu sebenarnya perlu mendapat ‘consent’ dari pihak kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum urusan pindahmilik berlaku. Kesemua ini perlu diterangkan di dalam borang pindahmilik yang disediakan oleh pihak yang berkenaan dan sebarang ‘bukti’ perlu dikemukakan kepada mereka dan dalam kes aku ni, aku mendapat hak aku setelah pihak berkenaan memberikan ‘consent’. Jadi, tidak timbul masaalah aku ‘mencuri’ hak golongan yang sepatutnya dan alhamdulillah, niat aku untuk membantu mereka (seller) yang ‘tersepit’ telah memudahkan urusan pemilikan aku selama ini.
Tips n Thots : Belilah seberapa banyak rumah/pangsapuri kos rendah yang korang nak tapi kena ‘make sure’ yang rumah/pangsapuri tu jenis yang ‘secondhand’ atau lelong dan korang mesti mendapatkan consent terlebih dahulu dari pihak yang berkenaan.
abg ensem,
thanks buat entry spesel utk saya..terharu ni..hehehe. tp saya still ada kemusykilan
1. ada tak possibilities consent tak dpt..and apa kebarangkalian yg menyebabkan tak dpt consent
2. 'bukti' – what kinds of 'bukti' yg kita kena bg?..payslip, pendapatan perkapita seisi rumah etc?
p/s : saya dah baca e-book abg ensem..:-)
hmm, cmne nk dptkn rumah lelong???…sy x master la bab2 ni…hu2
i'm 23 n bru jer de 1 umh kt damansara, tu pun beli ngn kwn abg yg dsperate nk duit…help me, nk jd cm abg ensem…ha2
en. ensem, kalau beli rumah landed pastu buat homestay boleh cover monthly loan tak? sebab saya tgk kat tpt saya tinggal skrg ramai yg buat homestay…
aliff : nampak gayanya awak kena invest utk dptkan ilmu rumah lelong dulu. banyakkan baca buku, artikel, blog dll sumber bacaan sebelum start membeli. blog2 yg berkaitan like http://www.tuanbri.com
eliza : kena tgk banyak benda sblm buat homestay like harga rumah, maintenance cost dan 1001 perkara lagi..
fauzee : i) kebarangkalian tak dapat tu tetap ada.
ii) antara bukti2 yg dimaksudkan seperti surat saman lawyer ke atas seller, surat dari dokter yg bagitau duit diperlukan utk operation dan 1001 mcm bukti lagi..
kalo ada nak jual umah contact saya.. saya pun berminat sehhh
AE, just nak share..aritue syaris terbeli umah low cost PKNS dr desperate seller..call lembaga hartanah kat Shah Alam dia kata untuk syarat beli umah low cost di selangor ada 3:
1.if owner jual umah >42 K pendapatan suami isteri kene 5K ke bawah.
2.owner kbole jual umah after 5 years duduk, baru bole jual
3.lagi satu lupa dah…
so term no 1 tak layak, n decided tak nak ambik risiko sebab takut bermasalah nanti
Salam AE, saya masih baru dalam bidang hartanah. dan saya baru je follow AE dalam fb dan blog.
Saya ada masalah yang sama dengan asey, saya nak beli rumah kos rendah PKNS dekat shah alam, walaubagaimanapun saya didapati tidak layak atas faktor:
1. Gaji saya dgn pasangan melebihi 5k
2. Saya telah memiliki rumah dalam negeri selangor – rumah tu masih under construction dan saya belum bayar apa2 installment atau progress payment lagi.
Saya buntu dan tak tahu macam mana cara nak membolehkan saya layak untuk memiliki rumah kos rendah. setakat ni saya dah terlepas peluang untuk memiliki dua buah rumah kos rendah. harap AE dapat bantu saya dan rakan2 lain yang mempunyai masalah macam saya.
Saya telah jawab di dalam e-mel kepada Tuan.
Salam, bole x sy dptkan jawapan utk persoalan di atas juga? Sy mempunyai kemusykilan yg sama
peguam sy cakap, rumah kos rendah sy tak boleh di jual sbb pembeli gaji lebih dari 2500 sbln seisi rumah. SnP baru dah sain, duit lawyer dah byr… 2k ++ tp rumah tak boleh jual. rugi betul… ade tak sape2 yg tau mcm mn nak teruskan pemjualan ini?
Abg ensem,
Ape yg dimaksudkan dpt consent terlebih dahulu?adakah selepas lelongan atau sebelum?
Tq..
Slm…klu bumi beli rmh low cost non bumi , adakah sukar juga nk dpt kelulusan karajaan negeri?tksh
Salam AE.. Sekarang gaji saya adalah RM3600, dan saya berminat untuk dapatkan rumah kos rendah secara subsale.. Adakah dengan gaji saya sekarang ini, kerajaan masih membenarkan saya membeli rumah kos rendah? 🙂
Apakah pula syarat yang mesti dipatuhi kalau ingin membeli rumah kos rendah secara subsale? Mohon AE dapat beri pencerahan ye sebab kalau dengan gaji ini boleh melayakkan saya membeli rumah kos rendah secara subsale saya akan segera menfokuskan kepada rumah kos rendah ..
Salam AE, Saya banyak terbaca rumah lelong low cost, agen letak qualifier seperti pendapatan isirumah tak lebih dari 5k sebulan shj yang layak. Pening sikit kalau ikut fact dari AE asalkan ia rumah lelong atau 2nd hand tak jadi masalah, janji dapat consent SUK. Jadi boleh ke newbie yang income 5k++ bid untuk low cost house. Nanti menang bid, tak dapat consent. hangus 10% deposit. Mohon pencerahan
Tak boleh unless Bro beli di negeri2 yang membenarkannya.
Kalau di negeri Selangor macamana ye? BOlehkan beli rumah lelong kos rendah..
Kalau cukup syarat, takde masalah.
AE boleh saya nak tahu macam mana kalau saya dah ada sebuah unit medium cost dan dapat satu rezeki kawan nak jual low cost kepada saya. bolehkah saya membelinya?