Fasa Pelaburan Abang Ensem

Alhamdulillah. Ramai yang telah membaca ‘target’ aku dalam pelaburan hartanah apabila status ini dimuat naik pagi tadi.

Fasa Pelaburan

Ya, fasa pelaburan hartanah aku amat mudah. Terbahagi hanya kepada 2 yakni :

  • Fasa Mula

15 tahun pertama yang aku tetapkan sedari usia 25 tahun telah aku khususkan sebagai fasa aku mengumpul hartanah. Alhamdulillah ‘beberapa’ buah rumah telah aku kumpul. Hanya rumah-rumah berharga bawah RM100,000 menjadi tumpuan dek kerna amaun pinjaman yang kecil. Amaun pinjaman yang kecil inilah yang akan memudahkan aku meneruskan perjalanan fasa akhir aku nanti.

Alhamdulillah, aku sudah pun melepasi fasa mula ini sebaik sahaja angka 40 menerjah usia aku dan aku telah pun menoktahkan pembelian hartanah aku.

  • Fasa Akhir

Fasa ini baru bermula. Di usia 41 ini, aku sudah merangka pelan penyelesaian satu demi satu hutang/baki pinjaman rumah-rumah aku. Dimulakan dengan pinjaman yang mempunyai baki terendah (tatkala ini di sekitar RM18,000), rumah pertama ini inshaaAllah bakal dilangsaikan pertengahan tahun hadapan. Dan dengan teknik ‘snowball’, lebihan baki sewa terkumpul yang kian membesar (dek kerna penyelesaian hutang rumah sebelumnya), maka proses penyingkiran hutang-hutang rumah akan berlaku dengan cepat mengikut aturan yang telah aku tetapkan.

Lalu, pada usia 55 tahun nanti (jika dipanjangkan usia), inshaaAllah aku akan memperolehi jumlah ‘penuh’ sewa-sewa tersebut untuk menampung kehidupan aku di masa hadapan dan yang lebih mengujakan lagi, apabila jumlah penuh tersebut adalah bersandarkan kadar sewa masa hadapan yang pastinya jauh melebihi kadar sewa ketika ini.

Semoga percaturan ini mampu membuahkan hasil. Amiin.

One Response

  1. muliani May 18, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge