Ya, itulah antara soalan yang sempat aku baca di timeline fanpage abangensem.com dan walaupun jawapannya telah pun aku balas tetapi aku merasakan ada baiknya jika aku kongsikan jawapan yang aku berikan kepadanya dengan korang.
Sebelum itu, bagi korang yang tidak tahu apa itu ’fi’ penyelenggaraan, ianya merupakan satu jenis ‘fi’ yang perlu dibayar oleh setiap penghuni flat/apartment/kondominium di atas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak penyelenggara bangunan. Perkhidmatan yang biasa diberikan merangkumi khidmat membersih bangunan, perparitan, menyapu sampah, khidmat sekuriti dan beberapa khidmat lain dan ‘fi’ dari penghuni inilah yang sebenarnya menjadi nadi untuk mereka (penyelenggara) beroperasi. Jadi, jika penghuninya tidak melunaskan bayaran bulanan mereka, maka itulah yang biasanya menjadi punca kepada pelbagai masalah penyelenggaraan yang tidak dapat dilakukan. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab ke atas ‘fi’ ini, tuan rumah atau pun penyewa?
Bagi tuan rumah seensem aku, tanggungjawab membayar ini sebenarnya lebih bergantung kepada persetujuan yang dicapai antara penyewa dan tuan rumah. Tidak ada satu peraturan pun yang mengatakan ianya wajib dibayar oleh tuan rumah mahu pun penyewa tetapi apa yang biasa aku lakukan ialah aku akan menyuruh penyewa aku membayar sendiri ‘fi’ tersebut dan aku akan memantaunya 2 atau 3 bulan sekali di management office. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang mana aku sendiri sebagai tuan rumah yang akan membayarnya dan keadaan yang aku maksudkan itu adalah :
-
Ketika sukar mendapatkan penyewa.
Sekiranya rumah sewa aku itu agak sukar untuk mencari orang yang menyewanya, maka akan aku tawarkan ‘fi’ tersebut untuk aku bayar kerana dalam keadaan ini, pastinya bakal penyewa akan mencari tawaran terbaik yang bakal diberikan oleh bakal tuan rumah. Namun, jangan ingat yang aku akan berdepan dengan kerugian kerana biasanya amaun ‘fi’ tersebut telah aku masukkan in-advance ke dalam sewa rumah yang aku tawarkan tu.
-
Ketika berdepan dengan penyewa yang berdahi licin.
Keadaan yang berikutnya yang mewajarkan aku untuk absorb ‘fi’ tersebut ialah ketika melihat bakal penyewa aku itu secomel Fatin Liyana. Memang lemau aku beb kalau berdepan dengan kaum hawa yang berdahi licin ni dan bagi menampakkan sifat pemurah yang memang sedia ada dalam diri aku, biasanya ayat-ayat berikut pasti terkeluar dari mulut aku.. “You cuma bayar sewa dengan api air je. Yang lain-lain tu semua ‘Abang Di’ settlekan”. Amacam, kalau korang (awek) jadi penyewa aku, agak-agaknya korang cair tak dengan sifat pemurah aku ni?
AE : ‘Abang Di’ adalah nama manja aku di kalangan para penyewa aku yang cun-cun. Terasa seakan mesra dan penuh kasih sayang je bila penyewa aku memanggil aku dengan panggilan tersebut.. Heh heh heh.













hai.. dahi saya memang licin.. (sambil jeling kat nurul)
KiD recently posted..BE ke 16 dan 17 dari Nuffnang
Hahaha Shakiddo perasan.. hehe
Nurul recently posted..IFTAR Service Care Department at Brisik Restaurant
licin laaa.. dah tenyeh kertas pasir kat dahi.. hahahahaa
KiD recently posted..Pemenang Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com
dahi gwa pun licin..
aslam recently posted..Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012
Lor..sempat lagi. good advice. Apartmen kat Taman LTAT Bukit Jalil pun disewa oleh sekumpulan awek berdahi licin. Sudahnya, aku absorb semua. Tak sampai hati beb… RM 163 sebulan tu absorb. lelaki lelaki…
halif recently posted..Berita Gembira Untuk Anggota Tentera dan Polis
Amboi.. Abang Ensem.. Bukan main yer..
Untunglah awek berdahi licin yang dapat sewa rumah abang Ensem..
Semua perkara “Abang Di” boleh uruskan.. Yang penting awak duduk rumah sewa Abang di ni lama-lama yer.. hehehe..
Satu info terbaik untuk tuan rumah..
Anuar recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
dahi saya sangat licin abang di… boleh tak kalau saya tak nak bayar apa2??
boni kacak recently posted..Tragedi Di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
Idea yang bagus. Minta tenant bayar Fi penyelenggaraan …
ReM recently posted.."Property Bubble" di Malaysia
kadang2 tenant have the tendency not to bayar, jadi aku lebih prefer bayar sendiri. therefore waktu letak iklan utk sewa terus cakap the rent is including maintenance
matjoe recently posted..Montena Suite Alam Damai
sebuah lagi artikel yg penuh dengan unsur humor yg kelakar, hehhe
Juan recently posted..Taman Seri Impian, Impiana Casa, Aenicia House Kluang Johor