First Step

Setelah tularnya artikel sisipan ‘Lanai’ Sinar Harian tulisan Connie Sylvie Moncal di bawah tajuk, “Juruteknik Beli Rumah Setiap 6 Bulan” semalam, notifikasi FBku dihujani dengan ratusan followers baru dan kehadiran mereka juga turut dipakejkan dengan puluhan soalan yang punyai tonasi pertanyaan yang akan-akan sama dengan di dalam gambar seperti di ruangan komen.

Ya, aku jangkakan si penyoal dan puluhan yang lain tidak keseorangan untuk memahami keperluan yang perlu diikuti oleh setiap pelabur beginner. Walaupun puluhan juga komen negatif yang dapat kita baca di dalam artikel terbabit yang disiarkan secara online, tetapi masih ada segelintir yang berfikiran positif mencari jawapan bagaimana Mohd Hafiz Sak Rani berjaya keluar dari status blacklist dan seterusnya memulakan langkah di dalam pemilikan hartanah. Tolak tepi Mohd Hafiz Sak Rani dan aku datangkan diri aku sebagai contoh. Berikut adalah langkah-langkah awal yang aku ambil di dalam memulakan langkah pelaburan aku :

  1. Mula membaca hampir 500 buah buku kewangan dan pelaburan semenjak tahun 1998. Sayangnya, hampir tiada tajuk yang dibaca menawarkan suasana pelaburan tempatan. Hanya karya-karya 4 Robert yang menjadi buruan aku ketika itu (Robert Shemin, Robert G. Allen, Robert Hill Jr II dan Robert Kiyosaki) selain dari pakar kewangan Suze Orman dan David Bach menjadi santapan mata aku. Alhamdulillah, walaupun merangkak di dalam memahami isi kandungannya tetapi aku berjaya juga menghadam nota-nota pentingnya. Kini ianya lebih mudah bila mana karya-karya penulis tempatan mula mewarnai susasana pelaburan di Malaysia. Malah, para pelabur sendiri boleh memiliki hasil tulisan aku di bawah tajuk “Nota Hartanah” dan “Tips Sewaan Rumah” sebagai langkah mula. *pm tepi untuk harga special* 😉 Memandangkan generasi muda kurang menggemari buku fizikal, maka sedari tahun 2010 telah aku garapkan ebook-ebook hartanah untuk dibaca menerusi smartphone. Kadangkala, sengaja aku turunkan harganya sekali-sekala bagi memberi peluang kepada mereka untuk membelinya secara berdikit. Jadi, ambillah peluang ini untuk mengenali dunia pelaburan hartanah ini.
  2. 2001 adalah langkah awal aku mengutip ilmu secara berdepan. Dengan fi penyertaan berkadar 4 angka, aku tetap istiqamah menghadiri siri seminar anjuran Azizi Ali, Renesial Leong dan Milan Doshi dan anda kini lebih bertuah bila mana ketika ini tiada lagi kelas/seminar hartanah dengan harga sedemikian. Yang ada hanyalah angka ratusan ringgit sahaja untuk anda bayar. Jika masih kurang berkemampuan, nah hanya dengan RM88 – RM99, anda sudah mampu untuk mengisi ruang bilik seminar bulananku. Boleh rujuk link ini untuk mendapatkan jadualnya –> INI
  3. Jika masih kurang mampu, platform perkongsian PERCUMA boleh anda baca menerusi blog dan dinding FB para pelabur. Sila baca blog  ini dari awal yang mana contentnya telah aku tulis sedari tahun 2009. InshaaAllah masih ada ilmunya yang masih relevan dengan kondisi terkini.

Jika ketiga-tiganya masih belum mampu anda buat, janganlah sesekali memandang ‘sinis’ kejayaan orang lain kerna setiap kejayaan pasti ada ‘tips & tricks‘nya yang memerlukan usaha anda untuk menggalinya.

4 Comments

  1. Wan Syahida July 13, 2017
  2. zool July 31, 2017
  3. Sue August 8, 2017
  4. Farah Alina August 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge