Formula 4M Untuk Berjaya

 

Aku begitu terkesan dengan pembentangan yang dilakukan oleh rakan sekelas baruku malam ini. Isi kandungan yang begitu mengujakan, ditambah lagi dengan ‘WOW’ factor gaya pengucapannya telah membuatkan aku terbuai untuk mengikuti setiap baris ayat yang dituturkannya dan sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Fuad, suka untuk aku kongsikan formula 4M yang dipraktikkannya sehingga menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya pada masa kini.

Walaubagaimanapun formula tersebut akan aku olah mengikut karier/kerjaya aku sebagai seorang blogger mahu pun pelatih hartanah kepada korang semua. Formula 4M yang dibentangkan olehnya sekejap tadi adalah :

  • Minat

Ya, tanpa minat terhadap dunia penulisan dan pelaburan, aku tidak mungkin mampu untuk berada di tahap aku sekarang. Oleh itu bagi korang yang ingin mula berblogging atau pun melabur di dalam bidang hartanah, pastikan yang korang mempunyai minat yang mendalam yang sememangnya lahir dari dalam hati. Oleh itu, tentukan minat korang dari sekarang.

  • Mampu

Mampu atau tidak korang mengorbankan masa, tenaga malah wang ringgit korang sepertimana yang aku lakukan. Kurang masa tidur untuk mengarang entri-entri di blog setiap hari. Kemampuan aku untuk mengorbankan kehendak aku memakai BMW yang menjadi kereta idaman aku demi untuk mengagihkan sebahagian wang aku untuk digunakan di masa-masa kecemasan, malah lebih memeritkan kesemua minat aku ini (berblogging dan melabur) sedikit sebanyak akan memerlukan tenaga yang maksimum untuk menghasilkan kepuasan kepada aku. Mampukah korang menghadapi semua ini?

  •  Mahu

Apa pula yang korang mahukan dari minat korang? As for me, aku mahu dikenali dan disegani di kalangan para blogger tanahair, dan bukan sekadar famous dan mengejar populariti semata-mata. Di bidang pelaburan hartanah pula, aku ingin melihat setidak-tidaknya 100 orang anak muda yang mampu mengikut jejak langkah aku di dalam celik pelaburan, baik dari kalangan pembaca blog ini atau pun dari kelompok anak-anak muda yang telah hadir di seminar-seminar hartanah aku. Kesemua ini akan menjadi kepuasan yang tidak ternilai bagi aku yang telah bersusah payah mengorbankan segalanya selama ini.

  • Mentor

Tanpa mentor belum tentu kita akan mencapai kejayaan yang kita impikan. Jika rakan doktorku menjadi mentor aku di dalam bidang hartanah, BRADER INI pula sering menjadi tempat pergantungan aku di alam blogging. Tanpa mereka, aku bolehlah diibaratkan seperti kasanova yang kehilangan ayat-ayat cintanya dan buat korang yang ingin berjaya juga, aku syorkan untuk korang dapatkan seorang mentor yang telah berjaya di bidang yang korang pilih.

AE : Nah, mudah bukan formula untuk berjaya? Tetapi menulis atau berkata lebih mudah dari mempraktikkannya. Oleh itu, sila cabar diri korang untuk menafikan ayat-ayat tersebut.

 

15 Comments

  1. Nadot February 5, 2013
  2. Anuar February 5, 2013
  3. fazrol February 5, 2013
  4. elieza February 5, 2013
  5. sohoque February 5, 2013
  6. shahril sidek February 5, 2013
  7. Wan_PMD February 5, 2013
  8. azrijohan February 5, 2013
  9. Zairi February 5, 2013
  10. NorHafiz February 5, 2013
  11. Dkna Abza February 5, 2013
  12. azman February 5, 2013
  13. Wan Fauzi™ February 7, 2013
  14. halif February 8, 2013
  15. Halif Saat February 8, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge