Aku begitu terkesan dengan pembentangan yang dilakukan oleh rakan sekelas baruku malam ini. Isi kandungan yang begitu mengujakan, ditambah lagi dengan ‘WOW’ factor gaya pengucapannya telah membuatkan aku terbuai untuk mengikuti setiap baris ayat yang dituturkannya dan sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Fuad, suka untuk aku kongsikan formula 4M yang dipraktikkannya sehingga menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya pada masa kini.
Walaubagaimanapun formula tersebut akan aku olah mengikut karier/kerjaya aku sebagai seorang blogger mahu pun pelatih hartanah kepada korang semua. Formula 4M yang dibentangkan olehnya sekejap tadi adalah :
-
Minat
Ya, tanpa minat terhadap dunia penulisan dan pelaburan, aku tidak mungkin mampu untuk berada di tahap aku sekarang. Oleh itu bagi korang yang ingin mula berblogging atau pun melabur di dalam bidang hartanah, pastikan yang korang mempunyai minat yang mendalam yang sememangnya lahir dari dalam hati. Oleh itu, tentukan minat korang dari sekarang.
- Mampu
Mampu atau tidak korang mengorbankan masa, tenaga malah wang ringgit korang sepertimana yang aku lakukan. Kurang masa tidur untuk mengarang entri-entri di blog setiap hari. Kemampuan aku untuk mengorbankan kehendak aku memakai BMW yang menjadi kereta idaman aku demi untuk mengagihkan sebahagian wang aku untuk digunakan di masa-masa kecemasan, malah lebih memeritkan kesemua minat aku ini (berblogging dan melabur) sedikit sebanyak akan memerlukan tenaga yang maksimum untuk menghasilkan kepuasan kepada aku. Mampukah korang menghadapi semua ini?
-
Mahu
Apa pula yang korang mahukan dari minat korang? As for me, aku mahu dikenali dan disegani di kalangan para blogger tanahair, dan bukan sekadar famous dan mengejar populariti semata-mata. Di bidang pelaburan hartanah pula, aku ingin melihat setidak-tidaknya 100 orang anak muda yang mampu mengikut jejak langkah aku di dalam celik pelaburan, baik dari kalangan pembaca blog ini atau pun dari kelompok anak-anak muda yang telah hadir di seminar-seminar hartanah aku. Kesemua ini akan menjadi kepuasan yang tidak ternilai bagi aku yang telah bersusah payah mengorbankan segalanya selama ini.
-
Mentor
Tanpa mentor belum tentu kita akan mencapai kejayaan yang kita impikan. Jika rakan doktorku menjadi mentor aku di dalam bidang hartanah, BRADER INI pula sering menjadi tempat pergantungan aku di alam blogging. Tanpa mereka, aku bolehlah diibaratkan seperti kasanova yang kehilangan ayat-ayat cintanya dan buat korang yang ingin berjaya juga, aku syorkan untuk korang dapatkan seorang mentor yang telah berjaya di bidang yang korang pilih.
AE : Nah, mudah bukan formula untuk berjaya? Tetapi menulis atau berkata lebih mudah dari mempraktikkannya. Oleh itu, sila cabar diri korang untuk menafikan ayat-ayat tersebut.
Ok, akan cuba cabar diri untuk mempraktikkan, chewah! Chaiyok Nadot!! 😉
Nadot recently posted..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
Terima kasih atas Formula 4m yang dikongsikan… Setakat ini saya belum mempunyai mentro.. Sedang mencari mentor yang sudi menerima saya sebagai mentee… Agak-agak ada tak siapa yang sudi ..
Anuar recently posted..Rezeki Berterusan Daripada Pakej Pelaburan Emas.. Syukur Alhamdulillah..
Pergh memang terbaik…
Thanks for sharing…
fazrol recently posted..Snow World Di Theme Park Genting Highland.
Diam dan berfikir..
elieza recently posted..Weekend yang blur… BB@40 Yeay!
dah pernah dgr psl 4M ni.. cuma ingat2 lupa. tq AE..
sohoque recently posted..Tips Memilih Web Hosting
adakah anda semua MAMPU buat apa yg AE buat?
shahril sidek recently posted..Tips Menguruskan Pembayaran Hutang Bulanan
AE sempoi..
Wan_PMD recently posted..Doa Solat Dhuha
mentor tu payahhh.. hmm
azrijohan recently posted..‘Quran Pen Digital Reader’ Memudahkan Pembelajaran Al Quran Anda
Thanks bro untuk tips ni
Zairi recently posted..Hanya Orang Pandai Boleh Berjaya?
bukan senang nak senang. keperitan itu harga sebuah kejayaan
semuanya bermula dengan M.. M = MADU 🙂
Dkna Abza recently posted..Senarai Penerbangan Air Asia 2013
Memang betul kata bro tu,bukan senang nak berjaya dalam sesatu bidang yang kita ceburi.Wang ringgit,masa memang perlu untuk nak capai apa yang kita telah rancangankan.Telinga,emosi pun kena tahan,baru boleh betul2 berjaya.
azman recently posted..Destinasi Percutian Melastik Bintang
panduan yg bagus utk org yg masih peringkat permulaan…
Wan Fauzi™ recently posted..Definisi Akhlak dan Tabiat Manusia
Kasanova yg kehilangan ayat-ayat cintanya? fuh…
halif recently posted..Keriangan & Kesedihan
Ha ha ha Saya juga terfikir untuk buat post tajuk ini tempoh hari tapi kesesakan masa pula. Memang presentation beliau tempoh hari sangat wow!
Halif Saat recently posted..Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Blog List Abang Ensem’s Blog