Forum Bicara Hartanah PERCUMA : Aku Suka

Aku suka.

Itulah reaksi spontan aku tatkala melihatkan poster berikut.

Forum Bicara Hartanah

Kenapa?

Terdapat beberapa sebab reaksi tersebut terpapar di wajah aku, antaranya :

  • Kemunculan 2 orang pakar pelaburan hartanah di institusi pengajian tinggi, di mana ianya sepatutnya dimulakan dari dulu lagi kerna bagi aku, bakal graduan perlu didedahkan dengan ilmu kewangan dan pelaburan agar mereka dapat memulakan kehidupan seterusnya dengan langkah yang betul.
  • Keikhlasan Tuan Ahyat dan Tuan Aziz terserlah dengan perkongsian ini, di mana aku dapat melihat tiadanya unsur mengaut keuntungan memandangkan acara ini diadakan secara PERCUMA.
  • Kesudian pihak pemaju, Worldwide Holdings menjadi tunjang acara yang mana pada aku, ianya lebih bersifat tanggungjawab mereka di dalam mencelik kewangankan komuniti sekitar (Community Social Responsibility).
  • Tajuk yang praktikal buat khalayak pendengar, di mana pada aku lebih bersifat seperti serampang 2 mata. “Miliki Rumah Pertama Dalam Masa 10 Bulan” pastinya amat sesuai buat adik-adik penuntut, manakala “Langsai Hutang Dalam 10 Tahun” begitu signifikan buat warga kerja yang hadir.

Justeru, apa perlu anda nantikan lagi? Bersegeralah menghubungi talian di atas (03-55102525 / 019-6680171) untuk mengesahkan tempat anda.

2 Comments

  1. kaki pelangi October 22, 2015
  2. Kereta Sewa Shah Alam November 7, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge