Aku baru je selesai mengira jumlah jualan ebook aku untuk bulan Januari and out of my expectation, the sales has been increased by 70%. Ya Allah biar betul ni? No wonder la hampir setiap hari aku menerima pembelian dari merata pelusuk tanah air. Dari Bintangor sehingga ke Rompin, semuanya menjadi sebahagian dari pembeli baru aku. Malah ada juga seorang dua yang bekerja di Pejabat Tanah yang turut membeli naskah ebook aku ni. Alhamdulillah syukur. Mungkin inilah yang dinamakan rezeki bakal baby kot.
Dan sebagai membalas jasa baik korang yang sudi me’rekemen’kan pada kawan-kawan korang, maka aku dengan rasa rendah dirinya menjemput korang untuk menjadi affilliate partner ebook aku di website bicarahartanah.com ini. Semoga rezeki aku ni dapat dikongsikan bersama-sama kalian sebagai tanda terima kasih di atas sokongan korang selama ini.
Sementara itu aku di dalam proses mengarang kembali segala tips hartanah yang telah dan belum aku perturunkan di dalam blog ini untuk aku bukukan di dalam bentuk hardcopy dan insyaallah satu perbincangan dengan pihak penerbit akan berlangsung dalam pertengahan bulan ini. Bukan apa, terdapat segelintir dari pembeli ebook aku yang telah mencadangkan agar aku dapat menerbitkan versi ‘buku keras’ kerana kata mereka lebih senang untuk dibawa dan dibaca di mana-mana. Insyaallah dari maklum balas tersebut akan aku usahakan agar ianya mampu melahirkan lebih ramai lagi bumiputra yang lebih ‘masyuk’ dari aku.
AE : Aku tidak pernah menyangka masih ada yang sudi membeli ebook yang aku tulis secara ‘main-main’ berdasarkan pengalaman aku di dalam bidang hartanah ini. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat 1000 dinar sebagai ‘rezeki dari jalan yang tak disangka’. Alhamdulillah di atas kurniaanMu Ya Allah.
Related posts:





Tahniah AE..
Nurul recently posted..Alahai doktor tolonglah saya
wah….congrats bro!
Azham Vosovic recently posted..BLOGGINGLISH
Alhamdulillah…syukurrr
aslam recently posted..Bonus Tabung Haji
Alhamdulillah..tahniah! Semoga rezeki AE sekeluarga sentiasa diberkati dan dimurahkan..
Wawa recently posted..Individual Shepherd’s pie ala wawa~
alhamdulillah, murah rezeki AE
zuan recently posted..> Jauh Perjalanan, Perut kekenyangan (Apa Kaitan?)
tahniah bro..satu pencapaian..bila dah launch kasi tau kot2 boleh celebrate ngan karok ker hahah
Zarul Umbrella recently posted..Nota Ringkas Dari Auckland
Alhamdulillah..proud of u ae…
asya recently posted..Happy Birthday to me !!!
saya pon nak join affliate
Juan recently posted..Ahmed Deedat – The Choice