Gugup Bertukar Menjadi Senyuman

“Bro, gua rasa gua nak kensel la talk gua kat Tepen 20hb ni” – AE

“Nape pulak?” – Brader Mil

“Takat ni baru 4 orang je register. Takkan gua nak proceed. Tinggal lagi 2 minggu je lagi ni” – AE

“Hmmm… “ – Brader Mil

GUGUP..

Ya, itulah perasaan aku beberapa hari yang lalu tatkala hanya 4 orang sahaja yang telah mendaftar dan membayar fi untuk siri Seminar Hartanah Sesi Utara aku. Maklum balas yang aku perolehi dari rakan-rakan aku di Perak :

“Lu salah pilih date la Bro. 19hb tu cuti befdei Sultan Perak. Dah tentu-tentu la diorang dah set nak pergi bercuti dengan famili” – Cikgu Kamil

“Damn. Macamana gua boleh tak perasan ni? Takpe la gua tawakkal je la. InsyaAllah kalau ada rezeki gua, takkan ke mana nanti” – AE

Ternyata rezeki masih berpihak pada aku apabila dalam tempoh 2 hari, beberapa orang telah mula mendaftar dan membayar untuk sesi tersebut. Alhamdulillah. Apa yang perlu aku lakukan kini adalah untuk fokus terhadap content seminar aku nanti dan insyaAllah mereka yang bakal hadir adalah antara mereka yang bertuah kerana aku telah Berjaya menggabungkan lawyer dan banker aku untuk turut serta berkongsi info tentang ‘tips & tricks’ yang tidak pernah diketahui umum tentang prosedur dan jalan cerita tentang pinjaman dan legal matters. Apa pun doakan kejayaan untuk seminar aku nanti.

AE : Tak sabra juga nak melihat-lihat keindahan Lake Garden pada waktu petang selepas hujan.

5 Comments

  1. halif April 13, 2013
  2. ohcikgu April 13, 2013
  3. azman April 15, 2013
  4. luthfi April 20, 2013
  5. Juan April 22, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge