Haaaa… DSR turun!!

- gambar hiasan -

Belum sempat aku nak submit loan kat banker aku, alih-alih petang semalam aku dapat sms dari banker aku yang bagitau Debt Service Ratio (DSR) untuk loan application kat banknya diturunkan dari 75% ke 65%. Apa maknanya tu? Maknanya bank dia dah semakin ‘rigid’ la di dalam meluluskan loan. ‘Rigid’ tu apa? ‘Rigid’ tu maknanya sukar la atau susah la kalau ikut istilah orang macam aku. Kalau korang tak berapa faham hubung kait DSR dengan kelulusan pinjaman, cuba korang tengok perbandingan contoh kat bawah nanti.

Sebelum tu, kalau korang nak tahu DSR tu bermaksud ratio kemampuan korang nak bayar hutang-hutang korang dan untuk pengetahuan korang, lagi rendah DSR korang maknanya lagi senang la bank nak bagi loan kat korang dan untuk mengira DSR ni, formula yang diguna pakai adalah :

DSR = Jumlah semua instalment hutang-hutang korang / Jumlah income korang X 100%

Contoh : Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM400) + Hutang kad kredit (RM50) + Hutang ASB Loan (RM50) / Gaji Tetap + Part-time (RM5K) X 100% = 20% (masih di bawah DSR 65%)

TAPI KALAU

Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM1K) + Hutang kad kredit (RM1.5K) + Hutang personal loan (RM1K) / Income (RM5K) x 100% = 80% (> DSR 65%), elok korang lupakan je la hasrat korang nak tambah loan lagi melainkan :

  1. Korang tambahkan income korang
  2. Korang reducekan jumlah hutang korang tu

AE : Lain bank lain percentage DSRnya. So, rajin-rajinkan le korang tanya benda ni masa apply loan nanti.

17 Comments

  1. Ardi_Starob February 11, 2011
  2. wakif February 11, 2011
  3. tuah.rimbun February 11, 2011
  4. :-aLCapone- February 11, 2011
    • abangensem February 12, 2011
  5. propertywaltz.com February 11, 2011
  6. palie February 12, 2011
  7. parang February 12, 2011
  8. algu February 12, 2011
  9. Ardi_Starob February 12, 2011
    • abangensem February 12, 2011
  10. hafiz February 12, 2011
    • abangensem February 12, 2011
  11. Mizz BaNaNas February 16, 2011
  12. khairul March 24, 2011
  13. shima March 24, 2011
  14. nurul huda October 30, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge