Hari ini genaplah 15 tahun aku bernaung di bawah bumbung syarikat yang sama. Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa syarikat besar seperti StanChart, Avon dan Lub Dagangan (anak syarikat Petronas) cuba memancing aku di awal kerjaya aku dulu tetapi nampaknya kesetiaanku masih lagi dengan majikan yang sama. Kadangkala hairan juga aku kenapa aku masih lagi berada di tempat yang sama dengan jawatan yang masih sama tetapi bila difikir-fikirkan kembali, semuanya disebabkan oleh alasan-alasan berikut :
-
Gaji terlalu tinggi yang menakutkan kebanyakan syarikat untuk mengambil aku sebagai pekerja. Bagi majikan aku pula, gaji yang tinggi pula mampu menjadi alasan untuk mengurangkan increment aku setiap tahun.. hehehe.
-
Sijil degree dan diploma aku hilang entah ke mana. Ke mana hilangnya? Aku sendiri pun tak tahu. Habis semua kotak telah aku selongkar, yang aku temui hanyalah warkah-warkah cinta berbedak yang menjadi tanda ‘cinta agung’ bekas-bekas girlfriend aku (9 orang semuanya) kepada aku dulu.
-
Tidak mahu melukakan hati awek-awek dalam LRT yang mana selama ini setiap pagi dan petang mereka diwarnai dan diserikan dengan wajah ensem aku baik ketika pergi mahu pun pulang dari kerja.
-
Jarak yang berdekatan dengan mercu tanda negara, KLCC. Jika ramai yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit semata-mata untuk sampai ke sini, aku hanya perlu cross jalan je untuk menikmati keindahan pemandangan dari skybridgenya. Tidakkah jika aku berhenti kerja nanti, aku juga akan turut menjadi mereka-mereka yang berhabis duit untuk ke sini?
-
Takut di‘charge’ di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3. Mana taknya, memandangkan tiada company yang sudi menawarkan aku kerja dek kerna gaji yang tinggi, sudah pasti the only kerja yang aku akan buat ialah babysit anak bongsu aku dan memandangkan aku tidak mampu untuk breastfeed anak aku tu disebabkan ketidak-mampuan breast aku mengeluarkan susu, sudah pasti aku akan dituduh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia terabai samaada secara langsung atau tidak yang bakal mengakibatkan penderitaan kepada kesihatannya (ayat ini dicilok dari Akta di atas).
-
Menutup mata pencarian orang lain terutamanya babysitter dan pemandu bas anak-anak aku. Ye la.. bila aku tak bekerja, sudah pasti segala urusan menjaga dan menghantar anak-anak aku ke sekolah akan diambil-alih oleh aku dan ada kemungkinan juga aku akan mengambil upah mengambil dan menghantar anak-anak jiran ke sekolah. Ini secara langsung akan menyebabkan kerugian di pihak pengasuh dan pemandu bas sekolah yang seterusnya akan mendatangkan kebencian kepada aku. So, bagi mengelakkan semua ini berlaku adalah lebih baik aku teruskan niat aku untuk bekerja.
-
Tidak mahu hilang ‘lesen untuk berpeleseran’. Beb, selama ini alasan overtime merupakan satu-satunya jalan untuk aku memadu kasih dengan awek aku yang sorang INI terutamanya selepas waktu kerja. Jadi, jika aku berhenti kerja, tidakkah ianya akan nanti menyeksakan hati dan perasaan beliau dek kerana kerinduan yang teramat terhadap aku. Memang betul beliau masih boleh menatap wajah ensem aku di sini, tetapi bak kata MINAH NI, “abangensem lebih fotogenik di luar jika dibandingkan dengan gambar kat dalam blog”.
-
Mengurangkan daya stamina aku. Kalau dah kena jadi househusband, sudah tentu semua kerja rumah aku kena settlekan dan bila sibuk seharian mengemaskan rumah, sudah pasti daya ketahanan a.k.a stamina aku akan berkurangan dan bila ianya berkurangan, bagaimana untuk aku meneruskan rutin ‘mengangkat besi’ aku setiap malam Selasa, Khamis dan Jumaat nanti?
-
Sumber asli negara pasti terjejas. Ini satu lagi kesan yang bakal merugikan negara sekiranya aku berhenti kerja. Househusband!! Satu tanggungjawab yang memerlukan aku untuk menyediakan hidangan baik breakfast, lunch dan dinner untuk anak-anak aku. Bila dah selalu memasak, sudah pasti penggunaan gas di rumah akan mencapai ke tahap maksimum. Tidakkah ini akan mengurangkan sumber asli negara? Malah kederat tukang hantar gas juga akan bertambah dek kerna perlu menghantar gas ke rumah aku setiap bulan. Kesian pulak rasanya..
- Ekonomi negara pasti meleset. Inilah benda yang paling aku takut kerana ianya turut akan meninggalkan kesan kepada korang semua nanti. Bila aku tak pergi kerja, syarikat Petronas akan kerugian duit minyak aku sebanyak RM250 sebulan kerana aku tidak perlu menggunakan kereta lagi untuk ke stesyen Kelana Jaya. Tidak cukup dengan itu, hasil jualan syarikat Touch n Go pasti akan susut sebanyak RM250 sebulan. Itu belum campur lagi dengan makcik foodcourt yang setiap hari pasti akan mencilok RM9.10 untuk makan pagi dan tengahari aku. Hmmm.. bila mengenangkan semua ini, adalah lebih baik aku bekerja makan gaji dari mengangkang buat kerja rumah. Betul tak? Hehehe..
Apa pun, korang jangan amik port sangat alasan-alasan aku tu sebaliknya aku pernah bangkitkan semua persoalan ini dalam ENTRI SEBELUM INI untuk korang kaji dan perhalusi kembali tujuan korang bekerja.
AE : Sorry beb sebab lambat update entri hari ini. Maklum sajalah semalaman aku tak tidur dok menjaga baby baru aku ni.












whoa..tahniah AE ..
..saya pun boleh temankan AE ngeteh ..haha
Pergh… Lebih kurang sepuluh alasan tue….kat blog aku ramai gak orang tanya aper petua AE ade misai ‘cari makan’
hazman aka species1980 recently posted..Super Tower BURGER BAKAR – LAVA GRILL BURGER
byk nye alasan dia…..alasan yg no 6 , 7 tu perlu ke??? yg no 8 tu….kalau isteri baca…alamatnye tido kat ruang tamu la.
fasz recently posted..Tesco Paradigm Mall sudah dibuka !!!
Tu la..pelik gak pukul 12 tgh mlm entry baru AE x muncul… heheh
Dari alasan2 yg direke cipte tu, nampak sgt weng sebab x cukup tido..
layan je la….
Nadot recently posted..Aku – Morbidly Obese
kerjalah.. Ie.. Kerjalah Io.. Kekekekerja… Semua orang mesti kerja.. (pinjam lagu Wahid Senario) .. Alasan demi alasan yang terbaik daripada AE untuk terus bekerja…
Anuar recently posted..Kalaulah Zarul Umbrella tahu tentang kisah silamku…
memang cukup setia bekerja.
Alasan tu sebenarnya memang alasan je kan..
Sebab sebenarnya kerana anda ni seorang yang mengenang budi,sedar dari mana anda bermula berdiri dan melangkah dalam hidup.
Itu sebab sebenar anda terus kekal mengikut pandangan saya.
Anyway tahniah ulangtahun ke15 dan tahniah dapat baby.
Good luck!
Anak tu bakal mewarisi keenseman ayah nya… – boleh nampak aura nya
haha.sebab banyak sebab.penat aku baca dari atas sampai bawah.huhu
awesome bro.kekal kan jelah majikan skrg tu.xyah tukar mana2 tempat lain lgi
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
Tahniah AE kehadiran orang baru dalam keluarga
wynn78 recently posted..Majlis menyambut di rumah pengantin lelaki
Gaaji besar pun makan kat Wisma Central je ke bang…:P
Kat situ je yang ramai awek ‘mari2′
wahh, banyak pula alasannya. haha..
ohcikgu recently posted..Trailer Filem terbaru Shaheizy Sam dan Lisa Surihani – S.A.M
Comelnyer baby..
Nurul recently posted..Dapatkan Badan Ideal dengan AmneLife Product
Bro lu berhenti ker tak……aku still support your decision……*sedih menghitung hari2 terakhir AE kat area klcc nie* uhuk2….
hahaha,,,teringat kisah hidup di HPCC…