Harga Rumah 2012 Jatuh Merudum

“Bro, betul ke harga rumah tahun ni (2012) akan jatuh merudum?” – Budak Baru Belajar (BBB)

“Mana lu tau beb?” – AE

“Saya baca kat dalam blog. Newspaper pun ada keluar cerita yang sama” – BBB

“Gua tak tau la beb tapi kalau yang keluarkan cerita tu pakar-pakar yang ada cert, rasa-rasanya lu boleh percaya kot tapi bagi gua rasa-rasanya harga rumah takkan jatuh kot” – AE

“Kenapa pulak Bro?” – BBB

“Gua rasa harga rumah akan stagnant dan bukannya jatuh merudum, baik rumah baru mahu pun rumah ‘second’ (subsale). Kalau gua jadi developer dan bila ramai predict yang economic recession akan berlaku, dah tentu projek rumah baru yang gua telah bina dan sedang dalam jualan akan gua tambahkan value-added benefit untuk pembeli gua. Sebagai contoh mungkin gua akan bagi air-cond dan water heater free atau pun 1 year maintenance free ke untuk pembeli rumah tu. So camne harga nak turun manakala bagi rumah second pulak, walaupun harga sebetulnya adalah rendah tetapi pembeli akan tetap mark-upkan harga S&Pnya dan harga tersebut pula akan digunakan oleh valuer untuk averagekan harga semasa. So, camne harga nak jatuh merudum?” – AE

“Errrr.. Sorry bang. Saya tak faham la apa yang abang cakap ni” – BBB

Tiba-tiba aku rasa badan aku ‘berbulu-bulu.. hehehe!!

AE : Korang pulak rasa camne? Harga rumah untuk 2012 ni akan jatuh merudum ke?

Disclaimer : Ini hanyalah pandangan dan pendapat aku sahaja dan ianya tidak semestinya betul dan harus korang percayai.

17 Comments

  1. boni January 21, 2012
  2. ariff January 21, 2012
  3. fauzi January 21, 2012
  4. Labu January 21, 2012
  5. 81cents January 21, 2012
    • aBu January 24, 2012
  6. anastasyea January 21, 2012
  7. mysb January 21, 2012
  8. shahrul January 21, 2012
  9. Juan January 21, 2012
  10. algu January 21, 2012
  11. rosmaniy January 21, 2012
  12. roslan January 22, 2012
  13. Zianit January 22, 2012
  14. aBu January 24, 2012
  15. hiro February 27, 2012
  16. Redha ridzuan August 21, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge