• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Hari Pertama Bergelar Penganggur Ensem

Hari Pertama Bergelar Penganggur Ensem

abangensem · 19 September 2012 · 21 Comments

 

“Allahummahdina fiman hadait. Wa’afina fiman ‘afait..”

Sebak aku bila diperdengarkan kata ganti ‘Na’ di dalam bacaan qunutku pagi ini. Bagi korang yang pernah belajar bahasa arab, pasti korang sedia maklum bahawa kata ganti ‘Na’ mewakili ‘KAMI’ di dalam bahasa tersebut dan jika ianya diperdengarkan dalam bacaan sembahyang, ini bermakna yang solat jemaahlah solat yang selayaknya baginya.

Ya, ‘impian’ aku untuk bersolat suboh secara berjemaah di surau tanpa rasa ‘tergesa-gesa’ akhirnya tercapai. Terima kasih Ya Allah.

Jika sebelum ini aku hanya mampu melihat para jemaah berjalan pulang dari surau setiap kali aku tergesa-gesa untuk ke ofis tetapi pagi ini ianya tidak berlaku, malah aku turut bersama-sama para jemaah menyusun langkah ke rumah sambil menghirup udara pagi yang menyamankan. Inilah sebenarnya yang aku inginkan selama ini. Urusan ibadat dapat dilakukan tanpa dikejar oleh masa dan alhamdulillah ianya dapat dinikmati hasil dari penglibatan aku dalam bidang pelaburan hartanah dan berblogging selama ini.

Jadi, buat korang yang turut mengimpikan perkara yang sama seperti aku, mulakan retirement plan korang dari sekarang. Ingat, if you fail to plan, you’re actually planning to fail.

AE : Aktiviti aku yang paling best hari ni ialah, mengayat awek ketika berjogging dan start dari pagi esok nampaknya aku takkan berlari sorang-sorang lagi.

“Sis, muka awak nampak pucat la. Saya rasa elok awak berehat kat tepi dulu” – AE
“Tak la bang, saya cuma tak pakai lipstik je. Itu yang nampak pucat tu” – Awek
“Saya rasa bukan sebab awak tak pakai lipstik tapi sebab awak tak cukup rehat ni. Meh saya belanja awak minum kat Hailam Kopitiam kat depan tu. Karang buatnya awak pengsan, kan ke susah” – AE
Kata awek tu dalam hati.. “Mulianya hati Abang ni”

Amacam, sempoi tak ayat aku pagi tadi? Heh heh heh..

 
Tweet

Related posts:

  1. Penganggur Ensem is in Town
  2. Buta IT Celik Ringgit – Penyebab Aku Bergelar Penganggur
  3. Kalaulah tiap-tiap hari, hari Ahad..
  4. 3 Hari RM450
  5. Hari Ini Dalam Sejarah

Filed Under: my story

Reader Interactions

Comments

  1. syazwancdm says

    19 September 2012 at 12:46 am

    rezeki pagi tu AE!.
    syazwancdm recently posted..Gurau Dengan Instructor

    Reply
    • KiD says

      20 September 2012 at 12:24 am

      ensem laaa abangensem ni… jom jogging
      KiD recently posted..Trafik Seminggu shakiddo.com

      Reply
  2. azli says

    19 September 2012 at 1:08 am

    Ni yang buat berkobar-kobar nak ikut gak ni…tapi jauh lagi jalannya…

    Reply
  3. zuan says

    19 September 2012 at 2:06 am

    spend more time with family…
    zuan recently posted..> Teaser : Where I’m heading?

    Reply
  4. Fazrol says

    19 September 2012 at 3:55 am

    Kena mula retirement plan nie… Jeles2..
    Fazrol recently posted..Mood blogging naik feri (ke laut)!

    Reply
  5. wakif says

    19 September 2012 at 5:13 am

    Sempoi…:-) Kerja kt kampung pun boleh berjemaah juga… 745 baru gerak gi opis… Hehe tp awek seksi2 kurengla Alhamdulillah…
    wakif recently posted..landlord yang teruk | wakif’s blog

    Reply
  6. senangeja says

    19 September 2012 at 8:02 am

    hmmm alamak AE da terkena sindrom mengurat awal pagi, orang tua ckp bangun awal pgi murah rezeki dan awet mude
    senangeja recently posted..Kajian Harga Pasaran penting untuk berjimat

    Reply
  7. matjoe says

    19 September 2012 at 9:27 am

    isk2 selain urusan kerja, telefon gwa takkan berbunyi lagi utk urusan mengarut
    matjoe recently posted..Riang Ria Aidilfitri bersama Denaihati

    Reply
  8. ReM says

    19 September 2012 at 10:58 am

    Aku rasa Ah Soh saja yang ada pagi pagi kat jogging track ni…
    ReM recently posted..Kutip Sewa dan Hasil

    Reply
  9. mohd adinor says

    19 September 2012 at 11:31 am

    ni jogging trek tasik sekysen 7,surau mawaddah ker?

    Reply
  10. Encik Din says

    19 September 2012 at 12:20 pm

    hahaha.. kerja baru AE. best2!
    Encik Din recently posted..Panduan Bina Blog Siri 2

    Reply
  11. halif says

    19 September 2012 at 12:44 pm

    terbaik AE!!!!
    halif recently posted..Pelaburan di Bukit Damar

    Reply
  12. waht says

    19 September 2012 at 2:49 pm

    tahniah bro… tak makan gaji lagi… kje sendiri insyALLAH lg berkat lg kaya… C=

    Reply
  13. hazman aka species1980 says

    19 September 2012 at 3:19 pm

    Kalau dulu ngorat awek dalam LRT …. skang layan kat tempat jogging pulak yea…. btw seskali boleh gak bro buat klas BAHASA ARAB KOMUNIKASI…. yea la kan senang nak mengayat minah arab kat KLCC , MIDVALLEY dan shopping mall kan…
    hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD ( 2 SET MEALS BURGER KING )

    Reply
  14. StaiBaqHang says

    19 September 2012 at 4:27 pm

    terbaiklah AE
    StaiBaqHang recently posted..Harga 6D Malaysia

    Reply
  15. Zarul Umbrella says

    19 September 2012 at 10:40 pm

    alhamdulillah

    Reply
  16. Denaihati says

    20 September 2012 at 1:04 am

    Permulaan langkah kanan nampaknya .. boleh lah buat eBook ayat-ayat cinta di taman pulak lepas ni

    Reply
  17. Hafizul says

    20 September 2012 at 9:33 am

    alhamdulillah…diberi kesempatan macam ni..memang best kan..masa kerja tak ada masa nak berjemaah mcm ni..wow awek ke bini yang kata mcm tu??hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh

    Reply
  18. azmanisma says

    20 September 2012 at 6:34 pm

    hehehe..sempat lagi tu..
    azmanisma recently posted..Bila Dah Tua Baru Nak Minum Susu

    Reply
  19. Juan says

    20 September 2012 at 10:18 pm

    ayat last tu x leh blah larr, hehehe
    Juan recently posted..MasterChef Malaysia Musim Ke-2 Astro Ria 2012

    Reply
  20. Firdaus Latib says

    21 September 2012 at 3:04 pm

    Oh! Indahnya dapat subuh berjemaah. Ini juga impian saya dan semoga ia tercapai 3 tahun akan datang.

    Reply

Leave a Reply to StaiBaqHang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

خميس
14 Jamadil Akhir 1442
Now : Isha (20:33)
Next : Imsak (06:4)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in