Hidup Luar Biasa Dr Azizan Osman

 

Akhirnya termakbul juga hasrat aku untuk mengikuti siri seminar Hidup Luar Biasa kelolaan Dr Azizan Osman. Ya, banyak yang aku dengar tentang siri seminar beliau yang pernah diadakan 3 tahun yang lalu. Ramai yang memuji, tak kurang juga segelintir yang mengeji. Apa pun prinsip aku, selagi aku tidak mengikutinya sendiri, mana mungkin aku boleh menilai persepsi mereka. Lalu, pagi semalam (9/6/13), aku merupakan antara ribuan peserta yang menghadirinya. Nawaitu aku, bukan untuk belajar tentang kekayaan mahu pun kejayaan, sebaliknya sekadar ingin belajar tentang cara Dr Azizan Osman berucap dan mengawal khalayak pendengarnya.

Hidup Luar Biasa Dr Azizan Osman

Alhamdulillah banyak yang aku pelajari dari kehadiran aku semalam. Ternyata cara ‘persembahan bersahaja’ beliau benar-benar memukau aku. Setiap ‘point’ yang disampaikan beliau pasti akan terselit jenaka dan kisah hidup yang disulamkan oleh beliau dan ini pastinya mendekatkan lagi diri beliau dengan khalayak penonton. Bukan setakat itu sahaja, pengawalan suara, memek muka malah stamina beliau juga telah membuatkan aku terpaku di kerusi selama 4 jam tanpa rasa mengantuk atau boring. Bukan mudah Beb!!

Dan aku berdoa agar satu hari nanti aku juga mampu untuk menjadi lebih baik dari beliau di dalam aspek pengucapan awam dan pengawalan khalayak. Doakan aku berjaya, insyaAllah.

AE : Nasib baik la muka aku ensem, kalau tidak kompom korang boring + mengantuk bila aku bagi talk, kan?

7 Comments

  1. halif June 10, 2013
  2. titan June 10, 2013
  3. Dkna Abza June 10, 2013
  4. Aina June 10, 2013
  5. hazman aka species1980 June 10, 2013
  6. mia liana June 10, 2013
  7. aBu June 16, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge