hobi giler aku..

“Setiap orang mempunyai hobi. Hobi saya ialah mengumpul setem.”.. itu antara karangan pertama aku semasa di sekolah rendah dan hobi aku itu turut dikongsi oleh kebanyakan rakan2 sekolah aku pada masa tu dan aku rasa korang pun pernah mempunyai hobi yang sama dengan aku. Kelakar kan.. macam la takde hobi lain selain drpd mengumpul setem.

Itu dulu.. kini setelah hampir 30 tahun selepas aku menulis karangan tu, aku telah pun mempunyai beberapa hobi yang baru. Nak tau apa hobi2 baru aku tu?? Selain drpd g korok @ karaoke dan melepak dgn kengkwn aku kt mamak, hobi aku yg satu ni agak giler sikit.. aku suka mengumpul rumah. Nak kata byk tu, takdelah sebanyak setem yg aku kumpul dulu tapi kengkwn aku kata “banyak giler”.

Kenapa aku memilih hobi ni? Ada 2 je sebab kenapa aku suka hobi ni. Selain dpt me”masyuk”kan aku setiap bln, ia juga dpt mendidik aku utk menjadik seorg yg berdisiplin. Ye lar.. kalo takde disiplin mau tonggang terbalik hidup aku nk menguruskan semua benda yg berkaitan dgn umah. Sebagai contoh, mana nak pastikan duit bank dh dibayor, nak make sure takde penyewa yg ngelat bayor dan 1000 satu mcm benda lagi yg aku kena ‘take care’. Itu sbb aku boleh katakan yg hobi aku ni giler sikit, tapi pape pun return dia dapat le kalo nak cover duit minyak kete wira aku tiap2 bln atau pun utk aku gunakan bagi membeli jajan utk anak2 aku kat 7 eleven.. so, giler tak hobi aku yg satu ni?


Tips : “Jadikan hobi anda sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan buat anda”

8 Comments

  1. Zahid December 24, 2009
  2. Ogy January 24, 2010
  3. sourplum July 27, 2010
  4. waht January 27, 2011
  5. KiD November 12, 2012
  6. ohcikgu November 12, 2012
  7. eyriqazz October 14, 2015
  8. Mashitah Mamat October 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge