• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / book / “Hobi Hartanah” Buah Tangan Terbaru

“Hobi Hartanah” Buah Tangan Terbaru

abangensem · 26 August 2016 · 7 Comments

Hobi Hartanah.

Itulah tajuk terbaru buku kelima yang aku terbitkan selepas Jangan Baca Buku Ini, Mudahnya Beli Rumah, Rahsia Beli Rumah Kos Rendah dan Nota Hartanah. Buku kali ini ternyata lain dari yang lain. Perkongsian pelaburan gaya menukarkan rumah busuk menjadi wangi. Rumah kotor menjadi cantik. Dan semuanya berdasarkan pengalaman sebenar penulisnya.

Siapa pula penulis buku ini?

Penulisnya, tak lain tak bukan, Tuan Abdul Razak Kamaruddin atau lebih dikenali dengan panggilan Ir. Ajak di laman sosial.

Saat pertama kali bertemu, sekitar 14 Mac yang lalu, beliau menyatakan hasrat untuk menulis buku, berkongsi pengalaman dan meminta jasa baik aku untuk menerbitkannya. “InshaaAllah Bro. Nanti Bro e-melkan drafnya untuk saya baca bila dah siap nanti”, jawab aku tanpa menaruh sebarang harapan.

Hobi Hartanah - Ir Ajak

Genap 4 bulan berikutnya (14 Julai), kami kembali bertemu di IOI City Mall dan naskhah berbinding beserta pen drive dihulurkan kepada aku. Sekali pandang, tiada apa yang menarik pada kulit buku tersebut.

Hobi Hartanah - Ir Ajak

Suram. Itu sahaja yang terlintas saat terpandangkan cover buku ini.

Hobi Hartanah - Ir Ajak

Namun sebaik helaian demi helaian aku baca, ada semacam tarikan untuk aku menerbitkannya sementelah belum ada lagi kisah perkongsian pengalaman meruntuhkan rumah busuk dan buruk sebelum membina semula rumah yang jauh lebih cantik lagi wangi. Lebih mengujakan, apabila beliau sendiri telah menyiapkan jadual kerja bersama tempoh masa bagi sesebuah rumah itu di‘transform’kan.

Saat harga, kos dan keuntungan menjadi topik perbualan. Subhanallah, ayat berikut yang terpacul dari mulut beliau,

“Bro terbitkan je buku ni. Walaupun ‘full colour’ punya kos ni mahal tapi saya tak kisah. Yang penting ilmu dan perkongsian saya ini sampai kepada yang membacanya. Tentang untungnya pula, saya tak kisah sangat. Mungkin saya akan salurkan untungnya kepada yang lebih memerlukan. InshaaAllah ada rezeki lain yang Allah dah aturkan untuk saya, baik yang sebelum mahu pun yang selepas ini”.

Terdiam aku seketika.

Hobi Hartanah - Ir Ajak

Jadinya, kepada yang berhasrat untuk memiliki buku “Hobi Hartanah” ini, bolehlah kiranya anda mengikuti prosedur berikut bagi memastikan kelancaran proses penghantarannya kelak :

  1. Masukkan RM41 (RM35 harga buku + RM6 pos laju) ke akaun Maybank Islamic AE Wealth Management Sdn Bhd – 562759682135.
  2. E-melkan screen shot pembayaran ke ebookhartanah@gmail.com beserta nama, alamat dan contact no anda.
  3. Tracking Code Pos Laju kemudiannya akan diberikan bagi tujuan semakan.
 
Tweet

Related posts:

  1. Pelabur Hartanah Genius, Buah Tangan Dari Dr Shah Razali
  2. Buah Tangan dari Property Queens
  3. 78 Buah Rumah. Wow!!
  4. Hobi Masyuk
  5. Artikel Terbaru di MajalahNiaga[Dot]Com

Filed Under: book Tagged With: Abdul Razak Kamaruddin, Hobi Hartanah, Ir Ajak

Reader Interactions

Comments

  1. syahnur says

    26 August 2016 at 4:24 pm

    harga kalau nak hantar k brunei?

    Reply
  2. Kereta Sewa says

    3 September 2016 at 9:18 am

    Wow lagi 1 buku dibawah bro AE, terbaik…

    Reply
  3. siti hazreen says

    4 September 2016 at 8:54 am

    tahniah AE…satu lagi buku berjaya diterbitkan!
    siti hazreen recently posted..Hutang: Saya Bertuah Sebab Ada Yang Tolong Ingatkan

    Reply
  4. Kereta Sewa says

    22 September 2016 at 10:46 am

    Salam bro AE, ada customer kereta sewa yang nak beli buku ni. Ada stok lagi tak?

    Reply
  5. Kereta Sewa Subang says

    5 October 2016 at 12:34 pm

    Tahniah AE, dengan terbitnya buku baru ini…. moga2 bermanfaat untuk org ramai. Tahniah sekali lagi………..
    Kereta Sewa Subang recently posted..Klezcar Syarikat Kereta Sewa Terbesar…?

    Reply
  6. johan says

    28 October 2016 at 10:39 am

    ada lagi ke buku ni .tq

    Reply
    • abangensem says

      7 November 2016 at 3:44 pm

      Ada

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

جمعة
28 Safar 1442
Now : Dhuhr (12:59)
Next : Asr (16:16)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in