Hobi Hartanah.
Itulah tajuk terbaru buku kelima yang aku terbitkan selepas Jangan Baca Buku Ini, Mudahnya Beli Rumah, Rahsia Beli Rumah Kos Rendah dan Nota Hartanah. Buku kali ini ternyata lain dari yang lain. Perkongsian pelaburan gaya menukarkan rumah busuk menjadi wangi. Rumah kotor menjadi cantik. Dan semuanya berdasarkan pengalaman sebenar penulisnya.
Siapa pula penulis buku ini?
Penulisnya, tak lain tak bukan, Tuan Abdul Razak Kamaruddin atau lebih dikenali dengan panggilan Ir. Ajak di laman sosial.
Saat pertama kali bertemu, sekitar 14 Mac yang lalu, beliau menyatakan hasrat untuk menulis buku, berkongsi pengalaman dan meminta jasa baik aku untuk menerbitkannya. “InshaaAllah Bro. Nanti Bro e-melkan drafnya untuk saya baca bila dah siap nanti”, jawab aku tanpa menaruh sebarang harapan.
Genap 4 bulan berikutnya (14 Julai), kami kembali bertemu di IOI City Mall dan naskhah berbinding beserta pen drive dihulurkan kepada aku. Sekali pandang, tiada apa yang menarik pada kulit buku tersebut.
Suram. Itu sahaja yang terlintas saat terpandangkan cover buku ini.
Namun sebaik helaian demi helaian aku baca, ada semacam tarikan untuk aku menerbitkannya sementelah belum ada lagi kisah perkongsian pengalaman meruntuhkan rumah busuk dan buruk sebelum membina semula rumah yang jauh lebih cantik lagi wangi. Lebih mengujakan, apabila beliau sendiri telah menyiapkan jadual kerja bersama tempoh masa bagi sesebuah rumah itu di‘transform’kan.
Saat harga, kos dan keuntungan menjadi topik perbualan. Subhanallah, ayat berikut yang terpacul dari mulut beliau,
“Bro terbitkan je buku ni. Walaupun ‘full colour’ punya kos ni mahal tapi saya tak kisah. Yang penting ilmu dan perkongsian saya ini sampai kepada yang membacanya. Tentang untungnya pula, saya tak kisah sangat. Mungkin saya akan salurkan untungnya kepada yang lebih memerlukan. InshaaAllah ada rezeki lain yang Allah dah aturkan untuk saya, baik yang sebelum mahu pun yang selepas ini”.
Terdiam aku seketika.
Jadinya, kepada yang berhasrat untuk memiliki buku “Hobi Hartanah” ini, bolehlah kiranya anda mengikuti prosedur berikut bagi memastikan kelancaran proses penghantarannya kelak :
- Masukkan RM41 (RM35 harga buku + RM6 pos laju) ke akaun Maybank Islamic AE Wealth Management Sdn Bhd – 562759682135.
- E-melkan screen shot pembayaran ke ebookhartanah@gmail.com beserta nama, alamat dan contact no anda.
- Tracking Code Pos Laju kemudiannya akan diberikan bagi tujuan semakan.
harga kalau nak hantar k brunei?
Wow lagi 1 buku dibawah bro AE, terbaik…
tahniah AE…satu lagi buku berjaya diterbitkan!
siti hazreen recently posted..Hutang: Saya Bertuah Sebab Ada Yang Tolong Ingatkan
Salam bro AE, ada customer kereta sewa yang nak beli buku ni. Ada stok lagi tak?
Tahniah AE, dengan terbitnya buku baru ini…. moga2 bermanfaat untuk org ramai. Tahniah sekali lagi………..
Kereta Sewa Subang recently posted..Klezcar Syarikat Kereta Sewa Terbesar…?
ada lagi ke buku ni .tq
Ada