How much doest it cost you, AE?

Dear AE,

I just bought an apartment and in the midst of finding a tenant after completing all the ‘long’ procedures. Recently, a real estate agent had called me to inform that there is a prospect that is willing to rent my place. The agent said that he only charge me a 1 month rental as a commission. May I know, is it the actual cost that I need to pay to any real estate that engage with this kind of thing?

Thank you for your attention and hope to hear from you soonest possible. I don’t mind if you converse the reply in Bahasa as I’m a malay anyway.

– Your blog’s follower –

Pendapat AE :

Terkedu gak aku bila dapat e-mail ni. Sangkaku follower aku ni seorang mat salleh tapi nampaknya ianya jauh menyimpang dari agakanku. Memandangkan yang dia tak kisah kalau aku jawab dalam Bahasa, jadi adalah lebih baik aku menggunakannya. Bukan apa, takut nanti ramai yang terpegun dengan ‘kecantikan’ Bahasa Inggeris aku dan tak semena-mena korang akan samakan aku dengan Brad Pitt nanti.

Aku rasa ramai yang dah sedia maklum yang jumlah 1 bulan sewa adalah amaun yang biasa diminta oleh mana-mana real estate agent yang berlesen. Malah ada di antara mereka yang akan caj prospek (bakal penyewa) beberapa ratus untuk penyediaan tenancy agreement mereka (ini berdasarkan pengalaman aku sendiri). Apa pun ada juga di kalangan mereka yang mengambil komisyen yang kurang dari 1 bulan sewa. Jadi ianya lebih bergantung kepada mereka. Namun selama aku berurusan dengan ejen hartanah ini, tidak pernah pula aku mendengar ada yang mengambil komisyen yang lebih dari 1 bulan. Jika ada, sila abaikan permintaan mereka itu. Jadi aku harap dengan info ini ianya dapat membantu si penyoal dan juga korang semua bila berurusan dengan ejen di dalam urusan mencari penyewa rumah sewa korang nanti, insyaallah.

AE : Aku tak suka guna ejen sangat sebab ejen pilih tenant ikut yang mana paling dulu bayar deposit sedangkan aku pilih tenant mengikut rupa paras mereka (wanita terutamanya) sejajar dengan moto dan slogan aku.. “Yang BUJANG didahulukan, yang COMEY diutamakan”.. hihihi. Peace!!

13 Comments

  1. adi April 24, 2012
  2. azmanisma April 24, 2012
  3. Nurul April 24, 2012
  4. aslam April 24, 2012
  5. jeff April 24, 2012
  6. madammondoq April 24, 2012
  7. pakdi April 24, 2012
  8. Kazen April 24, 2012
  9. myvitrd April 24, 2012

Leave a Reply to adi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge