Hujan oh hujan

Banjir yang berlaku pada 2006

Bila mengenangkan hujan yang turun sepanjang hari (30/1/11), lantas mengingatkan aku tentang apa yang berlaku masa aku tinggal kat Perdana Apartment, Seksyen 13 beberapa tahun dulu. Hujan yang bermula sejak malamnya telah membawa kepada musibah yang tak pernah terduga. Awal pagi tu bila aku menjenguk keluar dari balkoni rumahku, apa yang ku lihat sekeliling apartment aku digenangi air yang cukup untuk menenggelamkan separuh betis aku dan apa yang lebih menyedihkan ialah terdapat 4 buah kereta yang berada di basement carpark yang tak dapat diselamatkan.

Jadi bila sahaja hujan turun sepanjang hari semalam, adalah salah satu dari petanda bagi korang yang nak mencari atau membeli rumah untuk mengambil tahu samaada kawasan rumah yang bakal korang beli tu mempunyai potensi menjadi kawasan banjir atau tidak terutamanya jika projek perumahan itu terletak bersebelahan dengan sungai atau tali air.

AE : Beringat sebelum kena.

One Response

  1. :-aLCapone- February 1, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge