Hujung Minggu Yang Memenatkan

Aku yakin, ramai yang menyedari yang aku telah mula mengabaikan blog Abang Ensem ini. Manakan tidak, hampir 4 hari blog ini menyepi tanpa sebarang perkongsian cerita mahu pun pengisian input.

Kenapa?

Semuanya disebabkan oleh kekangan masa aku di dalam mempersiapkan 2 siri seminar hujung minggu yang baru berakhir sebentar tadi. Seminar sabtunya lebih kepada siri ke 38 Kelas Hartanah bulananku, manakala sebentar tadi, buat pertama kalinya protege aku, Dr Azizul Azli Ahmad telah memberanikan diri mengadakan siri pertama seminar beliau di bawah tagline “Seminar Rumah Sewa Idaman”.

Seminar Rumah Sewa Idaman

Alhamdulillah, perjalanannnya kedua-dua program ini tidak menghampakan. Baik dari jumlah penyertaan sehinggalah kepada maklum balas perkongsian yang diterima. Jika semalam, peserta yang hadir terdiri dari mereka yang rata-ratanya dari Lembah Kelang, hari ini para peserta siri pertama Dr Azizul Azli turut menghadirkan beberapa peserta dari luar.

Sebahagian dari peserta Kelas Hartanah aku semalam

Sebahagian dari peserta Kelas Hartanah aku semalam

Jika siri-siri seminar aku sebelum ini sudah berjaya melahirkan para pelabur berjaya (di mata aku), aku yakin yang Dr Azizul Azli pun bakal menghadirkan keputusan yang sama tak lama lagi. Apatah lagi perkongsian selama 3 jam hari ini lebih terarah kepada tips dan teknik mudah buat anak-anak muda memiliki rumah pertama mereka. Malah, kepakaran beliau di dalam bidang seni hias dalaman (beliau turut mempunyai ijazah kedoktoran di dalam lapangan tersebut) telah memungkinkan para peserta kelas tadi mengoptimumkan kadar sewa rumah mereka dengan kos yang amat-amat minima. Perkongsian tona warna kediaman, susun atur perabot sehinggalah jenis gambar yang perlu digantung turut menjadi nilai tambah di dalam menukarkan status prospek kepada bakal penyewa.

Kelas Hartanah AE Siri 38

InshaaAllah, seperti janji beliau kepada aku, usaha meneruskan siri-siri seminar sebegini akan dijadikan rutin bulanan beliau selepas ini. Dan sebagai permulaan untuk memperkemaskan kebolehan pengucapan awam beliau, beliau akan aku jemput sebagai penceramah untuk ‘Seminar Hartanah Awek 2.0’ aku 13 Jun nanti (klik SINI). Moga ianya mampu menjadi penarik kepada para awek yang telah bosan dengan muka ensemku ini.. hehehe.

Seminar Hartanah Awek 2.0

Ternyata minggu yang memenatkan ini berakhir dengan kepuasan yang tak terhingga.

3 Comments

  1. aRz MoHa May 11, 2015
  2. ohcikgu May 11, 2015
  3. muliani May 18, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge