“I Care 2 Share” Umpama Mimpi Dalam Mimpi

 

Ibarat bermimpi. Itulah perasaan aku apabila melihat kisah diriku terpampang di laman ‘Prudential – Project Listen’ semalam. Kisah yang berkisarkan tentang sejarah bermulanya perjalanan aku di dalam pelaburan hartanah sehingga membawa aku ke tahap bebas kewangan sengaja aku kongsikan dengan harapan agar ianya mampu menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk mengikuti jejak langkahku.

Dan inilah juga sumbangan kecil yang mampu aku lakukan demi untuk menjayakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat oleh salah satu laman bidaan Malaysia – ChikaPowWow “I Care 2 Share” dengan kerjasama Prudential – Project Listen, yang mana setiap kisah/video yang korang kongsikan kepada umum (termasuk kisah aku), akan mendorong RM1 didermakan oleh Prudential kepada Tabung PruKasih yang diwujudkan bagi membantu keluarga miskin yang memerlukan perlindungan kewangan di waktu kesusahan. 

Bagi korang yang ingin mengikuti kisah lanjut aku di laman tersebut, korang boleh terjah LINK INI dan aku mohon agar ianya dikongsi bersama mereka yang lain demi untuk meningkatkan dana Tabung PruKasih ini.

AE : Diharap perkongsian kisah aku ini mampu memberikan manafaat untuk korang semua.

15 Comments

  1. Eizil December 12, 2012
  2. Rem December 12, 2012
  3. azman December 12, 2012
  4. Dkna Abza December 12, 2012
  5. eyriqazz December 12, 2012
  6. shahril sidek December 12, 2012
  7. halif December 12, 2012
  8. Nurul December 12, 2012
  9. Juan December 12, 2012
  10. Faizalpj December 12, 2012
  11. pinkbubblegumprincess December 12, 2012
  12. Mdzulsidek December 12, 2012
  13. Farid Adam December 13, 2012
  14. Arrazi December 13, 2012
  15. Naziman December 16, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge