Tak pernah sekali pun dalam hidup aku orang yang sama belanja aku berbuka puasa ‘buffet’ 2 kali dalam minggu yang sama tetapi itulah realiti yang berlaku sepanjang minggu ini dan individu pemurah yang aku maksudkan ialah Tuan Denaihati kita, yang ketika ini menghuni tangga ke 3 ranking blogger Malaysia selepas BeautifulNara dan Paul Tan.
Majlis 1 :
Ya, Isnin lepas aku telah berkesempatan untuk hadir di Majlis Iftar anjuran beliau bersama Sweet Kurma yang bertempat di Hotel Cititel, MidValley. Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran wakil media berlangsung dalam suasana yang agak santai. Ramai kenalan blogger yang aku kenali telah aku temui, antaranya Brader Zarul Umbrella, Ariff Shah, Bro Framestone, Atok Jejai, Uncle Gedek Jr a.k.a Eyriqazz, Abang Anarm, Pakcik Jaws dan Si Cantik Nurul. Terdapat juga beberapa teman blogger yang sebelum ini hanya dikenali menerusi ruang maya telah turut hadir untuk bertemu muka dengan aku. Antara mereka yang kepingin menatap wajah ensem aku, tak lain tak bukan Adik Mia Namia, Adik Aqif Azizan, Adik Fazrol dan Adik AnwarHilmi dan bila aku bersama-sama mereka, langsung tak terasa yang aku begitu jauh dari usia remaja mereka dek kerna penerimaan mereka terhadap diri aku walaupun hakikatnya, usia aku jauh ‘bertiang’ dari mereka .
Banyak cerita yang berjaya aku bongkarkan antaranya bagaimana Tuan Aqif mampu hidup tanpa payslip dan bersandarkan income dari internet semata-mata. Tak kurang juga pelawaan dari Brader Zarul untuk berduet merakamkan runut bunyi soundtrack filem kerana percayakan ‘bakat terpendam’ yang tersimpan di balik kotak suara aku. Namun hasrat aku untuk mengerek awek TV Al-Hijrah tidak kesampaian kerana ‘segankan’ orang rumah Eyriqazz yang berkawan baik dengan mem aku. Mana la tau kot-kot orang rumah dia ‘pecah lobang’, tak ke payah aku nak survive nanti.. hahaha.
Kadang-kadang orang kata cakap banyak pun tak guna, baik korang layan dulu gambar-gambar yang sempat aku snap bagi menggambarkan rasa teruja kami petang tu.
Majlis 2 :
Sekali lagi aku dipelawa menerusi whatsapp untuk memeriahkan majlis iftar Tuan Denaihati (DH) semalam. Kali ini berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam. Kali ini majlis tersebut turut dihadiri oleh sanak saudara Tuan DH dan antara rakan blogger yang turut menerima jemputan adalah Atok Jejai, Bro Framestone, Hang Kebun, Mia Namia dan Akak Buah Tanjung. Agak hampa juga bila Nisa Kay yang turut diundang tidak nampak kelibatnya tetapi bila mem berada di sebelah, kehampaan itu tidak begitu dirasai. Ye la, kalau Nisa Kay ada pun belum tentu aku boleh menempek dia. Marah pulak mem aku nanti.. heh heh heh.
Bercerita bab makanan pula, kedua-dua tempat menyajikan variety of foods yang bagi aku mempunyai rasa. Harga yang ditawarkan (RM60++ – Cititel, RM45++ – Dewan Raja Muda Musa) really affordable bagi orang macam aku. Cumanya dek kerana banyak sangat makanan sampaikan tak sempat aku nak merasa kesemuanya dan yang lebih mengujakan aku ialah.. kedua-dua tempat tersebut menyajikan makanan yang sememangnya baik untuk meningkatkan ketak di abdomen aku. Apa lagi kalau bukan KAMBING. Sedap seyhhh.
AE : Makanan akan bertambah sedap jika awek cun duduk semeja dengan aku macam dalam gambar di bawah.

















seronok laa makan free 2 kali dalam minggu yang sama..
Anarm recently posted..Wordless Wednesday: Dah Lama Tak ‘Gentel’…
bestnya 2 kali punya jemputan.. he he..
fazrol recently posted..Cara hilangkan ruam pada kulit anak!
Wah rezeki bulan ramadhan..
Memang ohsemlah Abang Ensem.
Peramah, easy-go-lucky dan tampan sekali.
Aqif Azizan recently posted..Aqif Azizan Terima Jemputan Ke Syurga (17 Rahsia Berharga)
assalamualaikum abang ensem…wah !! seronoknya beriftar bersama-sama blogger…:)
maszull recently posted..Dugaan Pagi Jumaat Di Bulan Ramadhan
Best gile dapat makan free 2 kali lak tuu… Bile AE nak bg saye makan free ? (^_^)
Nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
untung le..bilalah kita kan ketemu..nak menuntut ilmu hartanah nie
faizalPj recently posted..P1 Melancarkan MiFi MF230 Dengan Filem " The Dark Knight Rises "
apa pasal nurul macam ‘teruja’ tengok ae makan?
aslam recently posted..Fenomena bulan ramadhan
bro belanja gwa jugak laa
matjoe recently posted..Kambing Panggang Hotel Singgahsana
Best la makin berkembang la networking secara tak langsung… Tapi apsal eyriqazz dok sorang2x je tue… kena ngasuh alisya la yea… hahahaha
hazman aka species1980 recently posted..Kelab GOLF hidang RAMBUT dalam BUFET RAMADAN 2012
Rezeki kita semua kan.. Terima kasih denaihati..
Nisa kay dah pindah balik kg dia lah AE kat kuantan kalau tak salah nurul, dia nak sambung study..
Nurul recently posted..Jom Tambah Hadiah Akhirat
wow seronok nya!hehe
tahniah dapat pergi join iftar ramadhan~
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
ehh, siapakah awek itu..
ohcikgu recently posted..Final Badminton Olimpik 2012 – Lee Chong Wei vs Lin Dan
tak sempat join yang kat shah alam tu..
ariff recently posted..Baby Duke
gambar yg last sekali tu memang tak boleh belah..chett!!
Zarul Umbrella recently posted..Chong Wei vs Lin Dan – Olimpik 2012