• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / tenant / Iklan Rumah Sewa

Iklan Rumah Sewa

abangensem · 2 November 2010 · 23 Comments

Baru je kejap tadi ada awek call aku. Aku ingatkan candidate untuk jadi ‘kawan’ mem aku tapi rupanya tujuan dia call tak lain tak bukan nak carik rumah untuk disewa kat area berdekatan UiTM. Lokasi pilihannya rumah-rumah di sekitar seksyen 6, 7 dan 8 kerana katanya senang nak berulang-alik ke kelas.  Bila aku tanya kat mana dia dapat nombor aku ni, katanya dari Abang Budriz, bekas officemate aku dulu dan sepertimana biasa jawapan klise aku  buat mereka yang telefon aku “Ala dik, semua rumah abang dah penuh la. Kalau kosong pun cuma bilik kat Apartment Perdana, Seksyen 13. Jauh la pulak kalau adik nak berulang-alik” dan dengan suara ‘longlai’ si gadis hanya mampu berkata “Takpe la bang. Dah takde rezeki. Kalau abang ada terdengar ada rumah nak disewa, jangan lupa bagitau saya ye”. “Insyaallah dik” dan sebaik sahaja line telefon tu aku putuskan, secepat kilat aku menelefon kawan yang recommend budak tu kat aku dan ayat pertama yang keluar dari mulut aku “Bro, awek yang ko bagi nombor handphone aku tu lawa tak?” dan seraya itu aku mendengar suara kawan aku berkata “Lagi lawa dari Lisa Surihani ko”. Alamak!!! Ada sesiapa tak yang ada rumah kat area 6, 7 & 8 ni, aku nak bagi sewa kat awek tu. Rugi ooo.. bukan senang nak dapat tenant lawa. Bagi sesiapa yang nak awek cun sebagai tenant korang, jangan lupa e-mail kat aku.. urgently.. hehehe.

AE : Kengkadang tu kalau lokasi rumah sewa korang tu strategik, bukan korang yang carik tenant tapi penyewa yang carik korang.

 
Tweet

Related posts:

  1. Sewa ikut rupa??
  2. Cara Nak Halau Penyewa Tak Bayar Sewa
  3. Rumah Lelong vs Rumah Subsale?
  4. Iklan Berbau @ Smelly Ads

Filed Under: tenant

Reader Interactions

Comments

  1. Sir Marcello says

    2 November 2010 at 12:22 am

    bro…
    aku ada terpikir gak…which one is better…bagi sewa kat student/org bujang or family??
    hehhee…aku tak da rumah pun..sajer syok layan ilmu bro nie…
    Sir Marcello recently posted..Sekali Air Bah…

    Reply
    • :-aLCapone- says

      2 November 2010 at 7:58 am

      Sir Marcello….. aku nak kongsi sket pengalaman aku sebab aku dah pernah bagi sewa rumah kat family dan bujang….. pada pendapat aku la semua tu bergantung pada nasib masing2….. tapi pada aku, kata hati masa pertama kali bertemu dgn tenant/bakal tenant dah boleh tau tenant/bakal tenant tu good/bag paymaster…… so far tenant paling best aku adalah budak2 perempuan bujang yg bekerja sebagai eksekutif muda d kompeni yg well known….. dan tenant yg paling hampeh adalah family dgn 2 anak, laki kerja kat kompeni yg well known tapi bini tak kerja….. waktu2 paling sakit hati adalah masa awal tahun anak2 nak masuk skolah, time raya dan time si suami pergi outstation overseas……

      Reply
    • Farid Adam says

      2 November 2010 at 8:54 am

      aku ada 2 rumah…satu sewa kat famili, satu sewa kat student laki2…keadaan rumah memang berbeza sangat…

      kalau famili tu, at least terjaga sikit rumah…yelah, mak bapak sedara mara nak datang rumah diorang, so bersih la sikit…

      kalau student tu, masya-Allah, lantai tu tak bermop, melekit kaki aku bila masuk rumah…botol2 air tu berlambak tak kira…yelah, kira rumah jadi tempat tido berak mandi je…mana ada masa nak ngemas…
      Farid Adam recently posted..Skim Rumah Pertama Satu Liabiliti Jika

      Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:37 pm

      Dua-dua ada pros & cons bro..

      Reply
  2. :-aLCapone- says

    2 November 2010 at 8:07 am

    berhati2 abangensem….. kadang2 setengah2 awek2 cun nie mengunakan ke’cun’an mereka nie sebagai senjata di kemudian hari….. selidik sket background awek cun tu…. dan ingat setiap yg muda pasti akan tua dan setiap yg cun pasti akan hilang ke’cun’an pada satu hari nanti…… dan setiap tenant yg cun juga akan berenti sewa rumah kita pada satu hari nanti melainkan korang berjaya mengayat dan kahwin dgn tenant cun tu laaaa……

    Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:37 pm

      Noted bro..

      Reply
  3. matjoe says

    2 November 2010 at 8:20 am

    yea, aku dh like facebook ngko!!
    matjoe recently posted..Hidup Tenang Walaupun Berhutang oleh Shamsuddin Abdul Kadir Menurut Pembacaan Matjoe

    Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:38 pm

      hehe.. tq bro

      Reply
  4. zarul74 says

    2 November 2010 at 10:48 am

    aku penah sewakan kepada bujang lelaki
    mmg gampang btl tenant tu
    sewa xbayarrr,duit api air xbayar
    mmg if aku jumpa aku pukul jeeee

    lps tu lari tgh malam,mmg sial btl

    ps. if tenant aweks cun mmg best.nak buat
    maintenance pun semngat je ..ye xxx ?????/hehehehehehehe

    Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:38 pm

      tau tak pe bro..

      Reply
  5. fiz says

    2 November 2010 at 11:11 am

    macam2 ragam tenant ada..

    Reply
  6. MK. Amir says

    2 November 2010 at 11:35 am

    haha.. macam mana rasanya kalau awek tu lagi lawa dari lisa surihani.. mercikk darah hidung woo.. bukan takat bagi sewa, die mintak duduk free pon mungkin aku boleh bagi..

    Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:39 pm

      Pasal tu la aku dok carik rumah untuk awek tu..

      Reply
  7. azizi says

    2 November 2010 at 3:51 pm

    AE, mem ko tak baca ke blog ko ni? Mesti dia angin baca the 1st line tu…

    Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:39 pm

      Ko rasa rasa dia baca tak?? hehe

      Reply
  8. tuanbri says

    2 November 2010 at 4:11 pm

    bro, nanti tanya awek tu, aku nak sewa bilik…aku bayar la sewa…aku bukan apa, takut keselamatan diaorg ni tak terjamin. Maklumlah ramai student kat situ.

    Tuanbri-Perunding Hartanah
    tuanbri recently posted..Kini aku Perunding Hartanah

    Reply
    • abangensem says

      2 November 2010 at 9:39 pm

      Takpe Bri.. aku ada.

      Reply
  9. parang says

    3 November 2010 at 8:55 am

    ces ayat gatal belaka….

    Reply
  10. faiz says

    3 November 2010 at 11:48 am

    Pengalaman aku sebagai penyewa bujang-lelaki. Menyewa selama 10 tahun di Sunway. Tak pernah mis bayar sewa. Dari lapan orang duduk, sehinggalah aku yang terakhir dan duduk seorang. Tuan rumah punya la sayang. Sampaikan makin lama, sewa makin turun. Dari rm850 sampailah yang terakhir…RM 500 aje.
    Pengalaman aku sebagai Tuan rumah plak, menyewakan apartment di Sunway juga kepada 1 keluarga-sorang aje anak. Sewa selalu lambat bayar…pastu memanjang nak bayar separuh separuh. Dan 2-3 bulan sebelum dia blah, minta sewa rumah di tolak dari deposit. Dan aku yang malas nak bertekak, ikutkan aje kerana nak sangat diaorg keluar. Bila keluar, baru aku tau diaorang ada hutang dgn syabas dkt rm300. isk isk isk…hampeh sungguh. Skarang, aku sewakan rumah kat student pompuan. Alhamdulillah…bayar sebelum waktu akhir

    Reply
  11. alip johan says

    15 February 2012 at 9:54 pm

    salam, aku ada bilik untuk di sewa di seksyen 15 shah alam dan juga prima U1, bilik kat seksyen 15 rm 190 sebulan termasuk api air, kat prima u1 rm 260 termasuk api air, rumah fully furnished. minat boleh call number aku 0175991080 alif johan

    Reply
  12. Syuhada says

    22 March 2013 at 1:43 pm

    Saya Sedang Mencari Rumah Sewa Sekitar Johor Bahru xpecially area pasir gudang,johor jaya, skudai, & sekitarnya…Call / msg saya sekiranya ada.thanks

    Reply
    • Syuhada says

      22 March 2013 at 1:44 pm

      alamak lupa insert no.tepon…. this my number… 014-911 6406 😀

      Reply
  13. Abu Muhammad says

    19 August 2013 at 11:26 am

    Salam Semua..maaf mencelah..kami ada jugak mencari penyewa rumah..rumah Semi D 2 tingkat..4 bilik..korner lot..Depan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar..rumah baru siap awal tahun 2013..ekon master bedroom dan ruang tamu..ada kabinet dapur masak dan siap langsir..

    Reply

Leave a Reply to abangensem Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
13 Jamadil Akhir 1442
Now : Sunrise (07:27)
Next : Dhuhr (13:26)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in