Rata-rata dari mereka yang aku kenali biasanya mengatakan aset yang paling tinggi nilainya adalah ‘hartanah’ dan sebelum ini aku tidak pernah menafikannya sehinggalah aku terbaca helaian muka surat bernombor 30, buku ‘Empayar Perniagaan Internet’. Rupa-rupanya ada aset yang lebih tinggi nilainya dari ‘hartanah’ yang selama ini tidak pernah aku ambil peduli.
Ya, aset yang dimaksudkan oleh Tuan Ammar Zahar, si penulis buku tersebut ialah ‘ILMU’. Aset inilah sebenarnya yang menentukan nilai diri seseorang itu. Kayakah dia, papakah dia? Semuanya berhubung-kait secara langsung dengan aset ilmu itu tadi. Saat ini teringat aku kepada kata-kata mentor aku semasa mengikuti kelas membuat blognya beberapa tahun lalu.. “Knowledge is POWER”. Selama mana manusia itu berilmu, selagi itulah kuasa pasti akan berada di tangannya. Tanpa ilmu hartanah, mana mungkin berbelas-belas rumah mampu aku miliki. Tanpa ilmu ‘menimang’ bola, mana mungkin aku mampu menjadi apit kiri paling ‘prolifik‘ untuk sekolah aku suatu masa dulu.

Ya, segala-galanya bergantung kepada aset yang dinamakan ilmu itu tadi dan bagi korang yang masih tercari-cari ilmu hartanah pada kadar serendah RM88, sudi-sudikanlah join mini seminar aku pada penghujung bulan ini. Kekosongan masih lagi ada bagi korang yang berminat. Apa yang perlu korang buat, hanyalah mengisi BORANG INI dan nantikan invitation e-mail dari aku.
AE : Walaubagaimanapun, ketidakmampuan aku memiliki sejumlah ‘orang rumah’ bukanlah disebabkan oleh kekurangan ilmu mengayat awek sebaliknya lebih kepada kekurangan ilmu melembutkan hati isteri aku yang menjadi punca asbabnya.. hahaha.
Betul tu AE.. Ilmu merupakan aset paling bernilai..
Sebab itu emak ayah kita suruh belajar tinggi2 untuk menuntut ilmu.. Walupun terpaksa “melaburkan” wang sehingga puluhan ribu ringgit..
Anuar recently posted..Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Graduan 2012
Ya betul..
abangensem recently posted..ILMU – Aset Paling Bernilai
Ilmu memang penting bro dalam apa juga yg kita nak – ilmu tambah cawangan ni adalah ilmu peringkat tertinggi yg lelaki berkemampuan kena belajar hahaha…saya dah menuntut tapi tak der kemampuan dari segi kewangan untuk tambah cawangan – lesen dah ada b full lagi tu!
ILMU lah segala2 nya…. tanpa ilmu siapalah kita…..
Manan Qayyim recently posted..Dari Barat Burma, Ke Mana Hala..?
sgt penting ilmu ni ..memang benar…yela, org berilmu ni boleh mengatasi segala-galanya jika pandai guna akal dan fikiran mereka 🙂
spudin recently posted..Stick With Nuffnang And You’ll Get Pay !
tertanya2..knp RM88?
Zarul Umbrella recently posted..Souq Al Alawi Jeddah
Ada ONG tuhh..
Hanif recently posted..5 tips blogging yang boleh menarik perhatian pembaca
Hmmmm……ilmu nie umpama orang buta ngan orang celik…
Sebab itu nabi sulaiman minta Ilmu pengetahuan dan bukannya kekayan daripada Allah bila nabi sulaiman diberi pilihan. Sebab dengan ilmu pengetahuanlah Nabi Sulaiman dapat membina Kerajaan yang tiada tolok bandingnya didunia ini dan semua jin dan mahkluk didunia ini mendengar cakapnya.
mankuala recently posted..Viagra "semulajadi"
bila ko nak buat seminar,cara ngerek awek?
aslam recently posted..Nampak lama,tapi..
knowledge is power, sy stiasa pegang kata2 ni dulu…kerap cari2 ilmu dan bahan bacaan bkaitn bisnes dll…cuma tak tahu mana nak mula walaupun pernah pergi seminar jutawan irfan khairi dlu…
zaza ridzlan recently posted..Petang Sabtu…
Hehehe sabar je lah ayat last tu , insyallah satu hari nanti sy beli jugak .. tunggu ………..
puanbee recently posted..Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger
Baca Blog nie pun dapat byk ilmu. Rugi siapa tak baca.
razis recently posted..Jangan Sesekali Lupakan Sumbangan Blog Pada Bisnes.