Info Yang Diperlukan Untuk Menilai Harga Pasaran

Malam Sabtu yang lalu sempat aku mengeteh dengan seorang jurunilai yang juga merupakan seorang follower blog aku. Banyak jugalah perkara-perkara yang kami bincangkan bersama. Dari kisah hartanah sehinggalah ke cerita balik tabir seorang valuer.

Banyak juga ilmu baru berkaitan penilaian rumah yang dikongsikan oleh beliau yang boleh aku guna pakai di dalam pembelian rumah aku yang seterusnya (jika ada) dan sempat juga beliau menyuruh aku berkongsi info berkaitan maklumat yang perlu korang sediakan sekiranya korang ingin valuer menilai harga pasaran rumah korang. Info-info yang mereka perlukan adalah :

  1. House Address
  2. Built-up/Land-area Sqft
  3. Basic/Renovated Unit
  4. Lift/Walk-up (untuk rumah bertingkat a.k.a apartmen)

Jadi aku harap info di atas mampu memudahkan lagi langkah korang dalam urusan labur-melabur di bidang hartanah ini.

AE : Bab apakah dokumen yang perlu disediakan sebagai bukti unit itu telah diubahsuai (renovate), tidaklah dapat aku beritahu kerana ianya bergantung kepada budi bicara pihak bank dan as usual, lain bank.. lain la prosedur pinjamannya.

5 Comments

  1. KiD April 2, 2013
  2. halif April 2, 2013
  3. Wan Ahmad Fakhruddin April 2, 2013
  4. elieza April 2, 2013
  5. Hafizul April 2, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge