Jangan Baca Jika Anda Seorang Yang ‘Cepat Loya’

leaderboard2 denaihati Banner

 

Nampaknya buat kali keduanya tiada entri berjadual semalam sepertimana lazimnya. Kenapa? Semuanya kerana 2 events berikut :

Seprtimana yang korang sedia maklum, awal pagi semalam berlangsung siri ke 7 Mini Seminar Hartanah bersama Abang Ensem yang buat pertama kalinya dalam sejarah, terpaksa aku ‘start’ 10 minit lebih awal gara-gara kesemua peserta hadir sebelum waktunya. Good job guys/gals, tapi bukan itu penyebab sebenar kelewatan entri aku ni sebaliknya event yang terpaksa aku hadiri pada malamnya yang menjadi kekangan kepada aku untuk mengemaskini entri aku seperti selalu.

Event apa?? Ya, Majlis Makan Malam dan Berkaraoke bersama Blogger Retis bagi meraikan bukan satu, juga bukan dua sebaliknya 3 orang blogger yang telah berjaya memenangi contest yang dianjurkan oleh madammondoq di BLOGNYA. Siapakah 3 orang blogger retis yang terpilih tu? Mereka adalah (sila rujuk gambar di bawah) :

Selain dari mamat-mamat di atas, event ini turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang blogger yang baru sahaja menggondol ‘Upcoming Blogger of the Year’ Award minggu lalu dan juga 2 orang blogger kesayangan Nuffnang dan David Teo yang turut sama menyumbangkan lagu pada malam tadi.

Kenapa aku yang bukan dari kategori famous blogger seperti Eyriqazz mahu pun celebrity blogger seperti Brader Zarul itu boleh digolongkan dalam kategori blogger retis? Asbabnya adalah, kemantapan vokal dari segi range, pitching, tone dan feel yang tidak jauh bezanya dari vokalis Umbrella tu sehinggakan Brader Jejai turut mengakuinya dengan ayat-ayat berikut :

“Bro, nasib baik Saari Amri tak jumpa lu dulu. Kalau tidak, kompom si Zarul ni jadi back-up singer dalam album Umbrella tu”

Tiga orang pemenang yang hadir semalam pun tidak kurang hebatnya, dengan lantunan pitching yang hampir menyamai ‘key’ penyanyi asal ketika lagu Aerosmith diperdengarkan malah Si Cantik Diah yang mirip pelakon Maria Farida benar-benar membuatkan aku sebak tatkala paduan suara kami untuk lagu ‘Ombak Rindu’ disatukan. Lanjutan dari lagu tersebut, keserasian kami terserlah lagi apabila melodi ‘My Endless Love’ mampu membuatkan mereka yang hadir terbuai dengan kelunakan suara kami, walaupun terdapat gangguan-gangguan kecil dari Brader ni yang cuba mengganggu ‘feel’ kami ketika itu. Thanks Diah for making my night so meaningful. Lepas ni boleh la kita gi karok lagi.. heh heh heh.

Event yang berakhir seawal jam 12.00 telah membuatkan seluruh tenaga aku ’lelah’ dan sesampai sahaja aku ke rumah, hanya tilam sahaja yang bermain di kotak fikiran aku ketika tu dan kesannya.. entri ini hanya dipublish pada jam 10.00 pagi ini.

AE : Terkejut jugak aku bila malam tadi aku bermimpikan, aku dan Zarul berkongsi pentas di Istana Budaya untuk ’Konsert Reunion Umbrella, Ukays & Slam’. Boleh caya ke mimpi aku ni? Zarul tolong jawab ye.

P/S : Harap-harap takde siapa la yang muntah selepas membaca entri ini ye.. hehehe.

This entry was posted in my story and tagged , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Jangan Baca Jika Anda Seorang Yang ‘Cepat Loya’

  1. JAI @ JEJAI says:

    Apasal tetiba aku takleh baca entri nie? Cuma tajuk jer nampak…hahaha..itew bukan “gangguan” itew sekadar suara backup setelah melihat bro nyanyi hampir putus tali perut..wakakaka. Kesemua Pemenang Contest pon suara sodap..tahniah semua dan terima kasih tak terhingga kepada Juara JKKK Teluk Anson Idol atas segalanya..hehe
    JAI @ JEJAI recently posted..Restoran Nasi Ayam Gemas Cawangan Bahau, Negeri Sembilan

  2. eyriqazz says:

    wahh,besttnyaaa……kalau la eden dapat pi semalam,sudah pasti lagu awan nano eden membuatkan korang terkedu dan terasa tidak mahu berkaraoke lagi…hik3…
    eyriqazz recently posted..Motherhood Expo 2012 di KLCC

  3. apa2pun gua hanya sempat baca perenggan pertama jer pastu aku menjadi so loya kuikuikui…
    Zarul Umbrella recently posted..Tips Penggunaan Mikrofon Semasa High Note

  4. Pingback: Seminar Hartanah Untuk Semua - blog.ariff - Blogger Malaysia

  5. fasz says:

    enrty ni byk tumpu kepada diah83 la…..uhuk2……….jeng jeng jeng, nnti David Teo mrh kang.
    fasz recently posted..Kenduri Jiran ku . . .

  6. arelan says:

    tapi memang gandingan AE & Diah malam tadi cukup manthap!!!perghhh
    arelan recently posted..LaGi-LaGi NaSi MiNyaK

  7. KiD says:

    Thanks Diah for making my night so meaningful.

    -boleh tak aku delete statement nih?- hahahahahaaaaa
    KiD recently posted..Kenapa Perempuan Ni Marah? Kena Tipu ke?

  8. madammondoq says:

    aduyai.. geli geleman satu badan i ok!!! meremang bulu roma sampai dah terkeluar taik telinga… erkkk..
    madammondoq recently posted..Parents Sharing Day @ Genius Aulad

  9. Lepas nie… confirm la nama si DIAH akan jadi sebut-sebutan …..hahahahaha
    hazman aka species1980 recently posted..NUFFNANG Dress Code Theme :- BLUE from HEAD to TOE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge