Jangan Ghairah Sangat

leaderboard2 denaihati Banner

Sms dari bekas peserta mini seminar aku semalam :

“Bang, ok tak kalau saya beli flat dekat Kerinchi. Murah betul bang. Ejen tu cakap sewanya dekat RM700 sebulan. Dekat pulak tu dengan LRT stesyen. Lagi satu ejen cakap rumah tu dah 10 tahun kosong, jadi saya boleh sewa dulu sebelum tukar nama”

“So tempting beb..” tanggapan awal aku.

Ya, aku tak nafikan yang area Kerinchi (bersebelahan Stesyen LRT Universiti) sememangnya lokasi hot spot untuk para pelabur dan bila ada je peluang sebegini, memang rugi kalau ianya dilepaskan begitu sahaja tetapi AWAS!! Jangan terlalu ghairah untuk percaya akan apa yang diiklankan. Kenapa? Tak logik kalau rumah di tempat se’hot’ Kerinchi dibiarkan kosong selama 10 tahun. Ada kemungkinan rumah tersebut ‘bermasalah’ dengan kehadiran entiti yang tak dapat dilihat atau pun mungkin ianya telah di‘mark’ oleh Abang Long a.k.a Ah Long dek kerna pemilik/penyewa terdahulu lari dari hutang. Oleh itu adalah lebih baik jika 2 soalan berikut diajukan kepada pemilik/ejennya :

“Kenapa tuan rumah nak jual rumah ni?”

“Kenapa rumah ni kosong lama sangat?”

Selepas itu cuba buat counter-check dengan jiran sebelah bertanyakan tentang sejarah rumah tu. Sekurang-kurangnya korang takkan ‘terkena’ dalam transaksi jualbeli ni nanti. Bila semua fakta telah korang perolehi, maka nilaikanlah semua itu sebelum pembelian dilakukan.

AE : Fikir dulu sebelum membeli.

This entry was posted in experience and tagged . Bookmark the permalink.

12 Responses to Jangan Ghairah Sangat

  1. anip says:

    jgn gelojoh…nak invest dalam property nie kena relex…

  2. adam dzirhan says:

    Rumah flat pun ada hantu ke? Igtkan asrama jer..
    adam dzirhan recently posted..May 2012 – Ke Mana Haluan Pelabur Hartanah

  3. jeff says:

    Takut terlalu excited, masa dalam S&P tu penjual tu bubuh harga lain pun boleh tak perasan.
    jeff recently posted..Risk become a blogger or computer programmer

  4. PerenLee says:

    Kalau ada hantu tu rasanya takdelah susah sangat nak settle,tapi yg ah long tu yg payah sikit..

  5. Uiishhh…. dah 10 tahun tak de saper beli or sewa… macam2x persoalan boleh difikirkan….
    hazman aka species1980 recently posted..KELANTAN vs SIME DARBY 2012-THE RED WARRIOR bakal julang Piala FA

  6. azman says:

    Kena selidik betul2,kang buat nyer bill air/api sampai beribu dan cukai pintu dah lama tak bayar,naya jer kena tambah duit lain pulak.

  7. adi says:

    Kerinchi memang area yg bagus.. tp betul tu kena buat due deligence dulu habis habisan sebelum beli…tambah pulak kalau terlalu murah atau lama xda orang..entah2 ada hantu. hehe
    adi recently posted..Sesi Anda Bersama Penulis WTF, 23 Buah Rumah Sebelum Umur 30 Tahun

  8. aslam says:

    syaitan dgn jin je kalau ada..
    aslam recently posted..Tempat cuci kereta murah

  9. ProfHariz says:

    Kalau kelam kabut memang cam gini jadinya. Ramai tak fikir dulu main nak serbu je. Huhuhu
    ProfHariz recently posted..Luahan hati lelaki kacak

  10. aBu says:

    damn true, i like this post! Hehe ~ ^_^
    please do your own research and homework rather than asking others to buy or not.
    guidance provided, decision will always be yours.

    1 of invesment quote, “dont ever ask others about what to do with your money”

    P.S* its been quite some time since met AE in his 1st seminar last year, but he still keep on providing guidance to me, even about “silly” question, haha ~
    Thanks AE, you are the best mentor ever!

  11. ohcikgu says:

    10 tahun takde orang..waa..pelik tuu..
    ohcikgu recently posted..Oh My English – Belajar English bersama Hanis Zalikha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge