Janji perlu aku tepati. Jika tidak, kebarangkalian pengikut setiaku untuk ‘lari’ pastinya akan tinggi. Atas sebab itu, pencerahan perlu aku perjelaskan agar soalan berikut mampu difahami oleh si penyoal :
Salam ae,
Refinancing rate sekarang ni berbanding 3 tahun lepas adakah lebih rendah atau tinggi memandangkan ekonomi sekarang kurang bagus?
- Zul -
Waalaikumsalam Zul,
Bila melakukan perbandingan untuk interest/profit rate, terdapat 2 perkara yang perlu kita ambil kira sebelum menyimpulkan sama ada interest/profit rate itu tinggi atau pun tidak dan 2 perkara tersebut adalah :
-
Kadar Base Lending/Financing Rate (BLR/BFR)
-
Interest/Profit Rate
Dan bagi memudahkan pemahaman korang, jom kita tengok contoh 2 kadar berbeza berdasarkan tahun yang berbeza :
2012
BLR/BFR = 6.6%
BLR/BFR minus 1.5% @ 6.6% minus 1.5% = 5.1%
2008
BLR/BFR = 6.0%
BLR/BFR minus 1.0% @ 6.0% minus 1.0% = 5.0%
Jadi, walaupun pada tahun 2008, interest/profitnya bolehlah disifatkan tinggi (cuma minus 1%) tetapi disebabkan kadar BLR/BFRnya yang rendah, maka instalmentnya pasti akan menjadi lebih rendah.
Oleh itu, buat korang yang ingin membiayai semula (refinancing) rumah korang, jangan hanya pandang pada interest/profit rate semata-mata sebaliknya cuba nilaikan faktor-faktor yang lain yang telah aku senarai pendekkan pada ENTRI SEBELUM INI.
AE : Si penyoal ada juga bertanyakan tentang pro and cons melabur di dalam industri homestay. Memandangkan aku Budak Izzuddin yang tak suka menipu tentang benda-benda yang aku tak buat (macam homestay ni), jadi ada baiknya kita minta OTAI HOMESTAY kita buat satu entri berkaitannya dalam jangkamasa terdekat ni.











en meor… mana janji janji en meor dulu..? janji dtepati tapi….
*tetibe*
~hai nurul siezuka~
KiD recently posted..Perlawanan Persahabatan: Malaysia vs Vietnam 11 September 2012
Terima kasih di atas perkongsian info..
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sepanjang terlibat dalam Industy Homestay lebih daripada 2 tahun..
http://anuarmenulis.blogspot.com/2011/10/pak-ya-home-stay.html
Bidang industry Homestay ni boleh untung kalau kena pada tempatnya..
Sebelum melibatkan diri dalam industry homestay, kita kena membuat beberapa tinjauan terlebih dahulu tentang keperluan Homestay di sesuatu kawasan seperti:
1) Kawasan Rekreasi (Taman Air, Zoo, Kawasan Pelancongan, kawasan pantai)
2) Kawasan Hospital
3) Kawasan yang mempunyai IPT (Untuk pendaftaran dan konvokesyen)
4) Berhampiran kawasan kampung (Untuk tempat penginapan sekiranya ada kenduri)
5) Dan lain-lain..
Berdasarkan tinjauan yang saya buat, homestay yang terletak berhampiran dengan kawasan Rekreasi mampu menjana pendapatan yang lumayan berbanding kawasan-kawasan lain yang saya senaraikan di atas..
Anuar recently posted..4 Tips yang Perlu Di Lakukan Untuk Lulus Peperiksaan Bertulis SPA
Refinance atau pembiayaan semula dapat menambah nilai tunai kepada peminjam. elok dilakukan untuk membeli lebih banyak unit apartment atau rumah.
ReM recently posted..Budget 2013 dan Harapan
Penyoal tu tnya “3 thn lps” which supposed 2 b thn 2009..
2009 pnya pakej lbh menarek gasenye
Ye la, camne aku boleh tak perasan..
abangensem recently posted..Janji Ditepati
Eden raso dah lebih tiga tahun loan eden..ble la refinance and mark up…duit lebih boleh cari rumah sebiji lagi…..
eyriqazz recently posted..Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju?
kalau nk refinance kene min loan brp tahun?
Encik Din recently posted..Touch N Go Perlukan Peningkatan
Sila AE jawabkan? nak gak tahu jawapannya
halif recently posted..Berlepas ke Den Pasar, Bali