Jawapan Yang Mengejutkan

 

Aku sebenarnya tertarik kepada soalan terakhir yang ditujukan kepada aku ketika sesi Q&A untuk ‘Charity Seminar Lend A Helping Hand 2012′ yang baru lalu dan aku dapat rasakan ada sedikit kejutan dengan jawapan yang aku berikan tempohari. Ya, soalan yang antara bunyinya adalah seperti berikut :

“AE baru je berhenti kerja kan? Sejak bila AE mula terfikir untuk berhenti kerja tu?

Dan jawapan yang aku berikan adalah, “Semenjak tahun 1997 iaitu tahun pertama saya mula bekerja”. Ya, bunyinya agak sinikal tetapi itulah jawapan sebenarnya.

Mungkin korang pernah mendengar caption “Rome wasn’t built in a day” kan? Begitu jugalah dengan aku. Segalanya bukan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Ya, 15 tahun adalah tempoh ideal yang aku ambil sebelum nekad melayangkan ‘resignation letter’ kepada majikan aku.

Buat pengetahuan korang, aku adalah seorang yang sentiasa merancang setiap detik kehidupan aku. Aku mempunyai perancangan 5, 10, 15 tahun malah aku mempunyai perancangan kehidupan sehingga ajal menjemput aku dan aku akan cuba untuk mencapai setiap apa yang aku rancangkan. Justeru, semenjak hari pertama aku bekerja (15 tahun dulu), aku telah pun membuat satu resolusi yang mana, aku mesti bersara sebelum umur aku menjangkau usia 40 tahun dan alhamdulillah aku berjaya (dengan izin Allah).

Namun ianya tidak semudah itu. Setiap detik aku akan berfikir cara terbaik untuk ke arah itu dan alhamdulillah kesedaran tentang peri pentingnya perancangan kewangan telah berjaya membawa aku ke status pesara di usia muda.

Sepanjang 15 tahun aku bekerja, setiap imbuhan yang aku terima samaada kenaikan gaji, bonus tahunan dan sebagainya, semuanya aku simpan/labur agar aku dapat merealisasikan impian aku. Jika rakan-rakan seusia aku sibuk membeli Honda, Toyota malah ‘Beemer’ sebagai kuda tunggangan mereka tetapi aku ‘terpaksa’ meredah ke setipa destinasi dengan hanya menggunakan ‘besi buruk’ berjenama ‘Kancil 660GX’. Apabila keluarga makin bertambah dan ‘raga susu anak’ semakin mengambil ruang ‘Kancil 660GX’ku, barulah Iswara 1.3 menjadi pengangkutanku sebelum akhirnya kereta impianku, Wira 1.5GL (M) mengambil tempat di awal tahun 2007. Walaupun begitu, aku masih boleh berbangga ketika rata-rata rakan-rakanku baru berdikit-dikit mengumpul modal untuk membeli rumah pertama mereka, aku telah pun memiliki sejumlah 7 buah rumah ketika itu, yang mana sewanya sahaja sudah cukup untuk membolehkan aku memiliki Honda CRV tetapi tuntutan nafsu itu terpaksa aku tahan buat sementara demi untuk bersara sebelum angka 40.

Kini (Alhamdulillah dengan izin Allah), aku sudah mampu mengecapi impian aku. Hidup tanpa hutang. Malah, lebih menggembirakan aku apabila dapat melihat anak-anak membesar di depan mata terutamanya ‘baby’ aku yang semakin nakal keletahnya. Jadi buat korang yang selalu mengimpikan hidup seperti ini, nasihat aku :

  1. Tentukan matlamat hidup korang terlebih dahulu ;
  2. Lakukan perancangan untuk mencapai matlamat itu dari awal dan fokus terhadap perancangan itu ;
  3. Dalami ilmu-ilmu berkaitan yang dapat membawa korang mengecapi matlamat korang itu ;
  4. Tahan nafsu untuk menambahkan liabiliti sebaliknya cuba fokus terhadap pembinaan aset ;
  5. Bertawakkal kepada Allah dan sentiasa memohon padaNya kerana DIAlah yang akan menentukan segala perancangan korang itu akan tercapai.  

AE : Masih terbayang penghinaan yang aku terima dari ‘seseorang’ semata-mata kerana aku berkereta Kancil 13 tahun dulu *sedih*.

18 Comments

  1. Azim Norazmi December 11, 2012
  2. Adam Dzirhan December 11, 2012
  3. fariezul December 11, 2012
  4. Farid Adam December 11, 2012
    • Farid Adam December 11, 2012
  5. azman December 11, 2012
  6. halif December 11, 2012
  7. Cikgu A December 11, 2012
  8. En. Nexus 4 Setia Alam December 11, 2012
  9. hazlifauzi December 11, 2012
  10. Nadot December 11, 2012
  11. KiD December 12, 2012
  12. elieza December 12, 2012
  13. Derok December 12, 2012
  14. bukit gambang December 12, 2012
  15. Juan December 12, 2012
  16. tarmizi December 13, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge