Jejai – Damailah Kau Di Sana

leaderboard2 denaihati Banner

 

AE Tanah Suci

12.30 tengah malam waktu Saudi. Suasana hening di hadapan Kaabah saat aku melakukan tawaf untuk umrah pertamaku. Saat pusingan ketiga ku lewati, ku panjatkan doa berikut buat rakanku yang ketika itu sedang menanggung kesakitan :

“Ya Allah Ya Tuhanku. Aku bermohon agar Engkau percepatkan proses penyembuhan sahabatku Azhar Ramli jika beliau masih mempunyai harapan. Namun jika sebaliknya, Engkau permudahkanlah perjalanan akhir beliau”.

3 petang waktu Saudi ber’wifi’kan restoran Starbuck berhampiran, mesej BBM berikut aku terima dari awek FBku :

“Abang Meor, Abang Hazman bagitau yang Abang Jejai dah meninggal”.

Lantas nombor rakan niagaku aku hubungi. Deringan berlalu tanpa jawapan. Lalu Brader INI pula mangsa berikutnya dan alhamdulillah, ada jawapan di balik corong sana.

“Bro, Jejai dah takde ye?”, soalku.

“Ye Bro. Aku kat rumah arwah ni”, jawab ‘Mat Tiger’, nama timangan yang diberikan oleh arwah.

“Ok…”, jawabku dalam esak tangis lantas panggilan aku matikan.

Ya Allah, begitu cepatnya Engkau perkenankan doaku. Tanpa sempat untuk aku mengiringi arwah ke liang lahad. Tapi aku redha dengan apa yang terjadi kerana janji Allah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Apa yang pasti, aku tidak akan melupakan jasa baik arwah di dalam menaikkan nama aku di arena blogging terutama di dalam memperkenalkan aku kepada blogger-blogger hebat Malaysia seperti BeautifulNara dan RedMummy. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

AE : Setiap kali terpandangkan header blog ini, setiap kali itu jugalah ingatanku akan terarah kepada arwah yang telah bersusah-payah merekanya.

Al-Fatihah buat beliau.

This entry was posted in my story. Bookmark the permalink.

9 Responses to Jejai – Damailah Kau Di Sana

  1. salmiah says:

    al-fatihah… sememangnya beliau seorang yg disenangi kenalan…

  2. KiD says:

    sempat jua aku mengusung kerandanya.. dan menurunkannya ke liang lahad.. Damailah Jejai di sana.. AL-FATIHAH
    KiD recently posted..Shakiddo.com Bakal Jadi Artis?

  3. Alfatihah jejai..biar jasad dimamah bumi,kenangan itu kekal abadi….doa untuk sahabat yang telah pergi.
    ecadwinkyasha recently posted..Wordless Wednesday #75

  4. Denaihati says:

    kita sedekahkan Al-fatihah…moga roh arwah bersama-sama dgn orang yg beriman…
    Denaihati recently posted..Ustaz Azhar Idrus di Singapore bersama Denaihati

  5. azman says:

    Banyak kenangan bro dgn dia,sesama kita sedekahkan al fatihah untuk dia..
    azman recently posted..Ingat Sebelum Sakit

  6. tuanbri says:

    Al-fatihah.
    Semoga ruh beliau dicucuri rahmatNya
    tuanbri recently posted..Cyberjaya, lubuk pelaburan hartanah?

  7. ProfHariz says:

    Semoga bro jejai damai disana. InshaAllah :)
    Kita yang masih hidup ni kena selalu doakan dia.

    Al-Fatihah
    ProfHariz recently posted..Aku Anak Kuat dan Aku Jatuh Lagi

  8. fazrol says:

    Susah nak cari pengganti cam Jai…
    Semoga rohnya tenang di sana…
    fazrol recently posted..Kenaikkan Gaji Kakitangan Kerajaan!

  9. AmiRini says:

    Alfatihah….
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau…
    AmiRini recently posted..Selamat Tinggal Semua….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge