Jejak Pelabur Hartanah

Akhirnya berjaya juga aku mendapatkan senaskhah buku tulisan Dr Shah Razali ni semasa aku berkunjung ke Pesta Buku Selangor minggu lepas cuma yang aku agak terkilan ialah bila mana aku tidak berjaya mendapatkan tandatangan si penulisnya sebagaimana mem aku yang berjaya mendapat autograf si penulis novel yang diadaptasikan menjadi drama Nora Elena tu. Jeles aku beb!!

Pertama kali terpandangkan buku Jejak Pelabur Hartanah ni cukup membuatkan aku tertarik kerana kualiti cover dan karisma si penulis yang ditonjolkan di muka depan tetapi bila lembaran buku diselak, alamak jenis tulisannya agak rapat membuatkan aku ‘agak’ pening untuk membacanya dan mungkin ianya disebabkan faktor usia aku yang semakin meningkat.. hahaha.

Sebagaimana buku tulisan pelabur-pelabur hartanah yang lain, buku ini mengupas setiap inci perkara yang berkaitan dengan pelaburan hartanah dan bagi aku ianya amat sesuai bagi korang yang baru nak berkecimpung dalam bidang ini. Harganya yang agak berpatutan sudah cukup untuk menjadikannya buku ‘mampu milik’ buat menghiasi rak buku korang kat rumah. Apa yang mampu aku katakan tentang buku ini ialah ianya agak kurang sesuai untuk aku yang lebih mengharapkan jalan cerita kehidupan ‘doktor’ ini sehingga beliau berjaya ke tahap sekarang.

AE : My rating – “Jangan tak beli

Comments

  1. Shahril Izwan says

    Bro, tak kire le, ada Dr ke, ada PHD ke, yg penting, ilmu yg dia ada…hentam saje le…
    memang ramai pun yg bukannye ada Dr pun, tapi main claim…

    p/s Ir. aku tu betul, bukan beli tau, hahha

  2. Ardi_Starob says

    Nnti x lama lagi AE pun dpt title Dr….Dr Meor Zaidee….. Dr ngayat awek kat LRT akkkk kekkeekekek

  3. Dr Waqipedia says

    Insyallah

    Dr Wan Shah Razali akan mengeluarkan biografi berkenaan dirinya, bagaimana kisah hidupnya daripada sengsara, penuh tribulasi, jatuh bangun sehinggalah ke tahapnya sekarang.

    Apa yang selalu ditegaskan adalah Dr Wan Shah Razali adalah beliau ingin menghasilkan lebih ramai pelabur-pelabur hartanah yang cemerlang dan untuk mencapai tahap itu, beliau yakin akan usaha keras yang ditaburkan akan menjadi sumber kejayaan di masa depan Insyallah.

    Saya masih cuba belajar sebanyak mana yang boleh daripada beliau. Mungkin tidak banyak yang didapati daripada buku ini tetapi jika ingin mengenalinya lebih dekat, sila jemput datang ke ofis kami sewaktu workshop/seminar hartanah yang dianjurkan oleh beliau diadakan. Klik – http://thrillerhartanah.com/

    Semoga Alllah swt memberikan keberkatan di dalam segala amal kita, Insyallah.

  4. DSR says

    Terima kasih buat saudara Meor kerana sudi berbicara soal buku saya. Saya amat menghargainya. Biasanya semasa sesi Thriller Workshop Hartanah saya akan ceritakan latar belakang saya.

    Saya merupakan bekas kakitangan bank dan kini telah menjalankan perniagaan sendiri sejak 2007. Saya hanyalah lulusan DBA dan bukannya PhD. Pengajian saya juga bukan didalam bidang hartanah. Hanyalah didalam finance. Hartanah merupakan pelaburan saya. Apa yang saya kongsikan adalah berkaitan dengan apa yang telah saya lalui sendiri.

    Didalam talk saya lebih menekankan kepada 3 aspek penting iaitu property, banking dan financial planning. Amat berharap kiranya Abang yang hensem ini dapat bersama-sama saya suatu hari nanti didalam membentuk barisan speaker melayu kerana sebelum ini saya sering bersama bukan melayu.

    Semoga Abang Ensem terus sukses dan saya menyokong penuh usaha Abang Ensem
    didalam menyedarkan orang kita betapa pentingnya pelaburan hartanah. Terima kasih sekali lagi. Salam.

  5. Azri says

    Salaam.. saya nak komen sikit pasal buku DSR ni. Baru je beli kelmarin, setengah hari baca dah abis. Saya expect buku ni terangkan detail tapi agak basic saja, terutama sekali camana nak dapatkan modal. Saya yg nak takda modal ni mmg sedih sangatlah. DSR perlu lebih detail dan bagi contoh yg boleh dipraktikkan. Contohnya bagi pengiraan kalau buat loan ASB ke, calculation OD ke..bagi sekali dgn target. Contohnya dgn buat invesment/loan sekian2, dlm 5thn anda akan ada modal rm10K utk depo rumah. Pastu cerita jgk kalau ada gaji bersih rm500 sebulan, teknik apa nak guna utk memaksimumkan simpanan. Lagi satu, dlm dlm buki ni BANYAK jgk ‘iklan-iklan’ ajak seminar. pastu ada nak kena beli mp3 pulak. tak boleh ke buat satu buku saja yg ‘powerr’ yg explain detail. saya rasa kalau mahal pun orang akan sanggup beli. Pas habis baca pun saya rasa mcm terpinga-pinga nak buat apa lepas ni. Saya nak kongsi tips saya kat sini, yg xde dalam buku ni. iaitu tips yg praktikal. Baru2 ni saya nampak iklan shoplot besar tepi jalan, letak harga rm330K. saya call developer tanya tu harga sebelum OC ke atau slps dapat OC. sbb saya dapat info sblm OC harga lebih murah. so tu harga sblm OC. so tips kat sini harga yg advertise adalah sblm OC (kalau beli, harga akan naik lagi slps dpt OC). pastu bank akan bagi pinjaman 80% etc. bank jgk boleh bg insuran sekali dgn yuran guaman, insuran etc. total tenure 30thn atau max umur 65thn. BLR-2.2% bla bla bla.. (fakta ni akan berubah tapi at least org dah boleh congak utk kira dia punya budget). Benda2 yg praktikal mcm ni mmg takde dlm buku ni. yg ada hanyalah contoh2 mudah dan basic..
    Saya nanti kalau dah berjaya beli property, saya akan tulis buku sendiri yg ikhlas yg BETUL2 nak tolong org melayu-muslim, bukan ‘nampak macam’ sekadar nak jual utk tambahkan duit sendiri.

    Kepada abangensem, saya skrg ‘terpaksa’ beli ebook anda pulak. Kalau ebook sedara lebih kurang sama dgn DSR, sila beritahu awal2 spy pisang tak berbuah kali ke-2.

    Kepada DSR, saya minta maaf byk2 kalau tersinggung dgn komen saya. rasa mcm tertipu pun ada.. sekian.

  6. anti dsr says

    buku ni sebijik sebijik tiru content buku Milan Doshi.
    aku x halalkan duit yg aku beli buku dsr tu.
    hampeh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge