Jelajah Hartanah 2016 – Momen Pahit Manis (Part 1)

Sabtu lepas berakhirlah sudah Jelajah Hartanah untuk tahun ini setelah Sungai Petani menjadi destinasi terakhir bagi seminar penutup tahun ini. Sepanjang penjelajahan tahun ini banyak momen-momen terindah yang telah aku kutip dan akan dikenang sehingga akhir hayat, antaranya :

Seminar Hartanah Johor (Januari)

  • Mencatatkan rekod kehadiran paling ramai peserta bila mana 84 orang telah memenuhi kerusi di Hotel Sentral Johor Bahru.
  • Menerima hadiah jersi JDT dari salah seorang peserta seminar.
  • Menerima kehadiran tak disangka Ah Bing dan Rol Arlex yang sanggup datang dari Kota Kinabalu. Rindu kat aku katanya.
  • Mengalami kemalangan kecil yang hampir-hampir meragut nyawa kami jika tidak disebabkan oleh kecekapan supir SLKK, Mohd Izami Ahmad.

Seminar Hartanah Johor

Seminar Hartanah Melaka (Februari)

  • Turut disertai sejumlah 60 peserta, satu angka yang mengejutkan aku kerana di Melaka, seminar biasanya hanya dihadiri oleh kurang dari 35 peserta.
  • Pertama kali menaiki beca, walaupun dengan Balak (Melastik Bintang).
  • Perkenalan pertama dengan Nurul Akmaryati yang kemudiannya telah aku masukkan ke dalam Tim SLKK untuk jelajah hartanah berikutnya. Orangnya manis, tuturnya lembut, Sayangnya takde jodoh dengan aku.. kikiki melawak je.

Seminar Hartanah Sarawak (April)

  • Terharu kerana Cikgu Sakawi Len telah bersusah payah mendapatkan bilik seminar paling selesa paling harga paling bajet.
  • Turut terharu bila mana kelibat Ah Bing turut kelihatan sebagai tanda sokongan untuk aku di Sarawak dan seterusnya memperkenalkan aku kepada Aris, peserta seminar aku di Sabah sebelumnya, yang kemudiannya memayungkan penginapan dan Pengangkutan aku ketika di Kota Kinabalu beberapa bulan berikutnya.
  • Pertama kali di’kencing’ Rayani Air apabila flight hari jumaat di bawa ke Sabtu. Namun nasib aku baik kerana telah membeli tiket tambahan Air Asia setelah menjangkakan perkara sebegini bakal berlaku. Flight balik juga turut mengalami nasib yang sama bila mana Rayani Air, menunda penerbangan pagi ke petang dan kemudiannya ke lewat malam yang mengakibatkan kami touch down hampir jam 1 pagi di KLIA.
  • Disebabkan masalah penangguhan tersebut kami berpeluang ke Kampung Budaya dan ternyata ianya amat memenatkan namun kepenatan tersebut akhirnya diganti dengan sikap sporting Tim yang menemani aku. Senang kata, we really enjoy our journey trip masa tu walaupun agak bengang dengan Rayani Air pada mulanya.

Seminar Hartanah Sarawak

Seminar Hartanah Terengganu (Mei)

  • Tajaan KLEZCar sepanjang di Kuala Terengganu benar-benar membuatkan aku rasa dihargai dan bila kereta berada di tangan kami, maka makin panjanglah langkah kami kemudiannya. Sotong bakar dan live karaoke menjadi halwa tekak dan telinga kami sehari sebelum seminar.
  • Hotel yang kami duduki (Hotel ) adalah hotel paling tenang yang pernah aku huni. Bilik seminarnya juga antara yang paling selesa pernah aku anjurkan.
  • Turut terkejut dengan sambutan kali ini. 50 peserta (FULL HOUSE) telah memenuhi bilik seminar dan 2 orang peserta pertama berbangsa cina telah turut berada di dalam seminar tersebut. Clueless, is the best word to describe my feeling that time.
  • Turut tidak dilupakan apabila makan tengahari hari itu dipayung oleh salah seorang BOS BESAR PMINT yang telah lama follow aku. Katanya, dia belum sempat tidur lagi kerana baru sampai ke Kuala Terengganu pagi itu untuk terus ke seminar aku.
Bersama peserta bukan melayu pertama di Pantai Timur

Bersama peserta bukan melayu pertama di Pantai Timur

Seminar Hartanah Perak (Jun)

  • Pertama kali aku memandu sendiri ke lokasi seminar.
  • Seminar ini turut dihadiri oleh rakan sekelasku, Dr Nor Amin Radzuan.
  • Pertama kali juga aku merasai the original Nasi Ganja, hasil payongan pensyarah-pensyarah UiTM yang menjadi peserta hari tersebut.

Nak tahu lagi momen-momen terindah yang selebihnya?

Nantikan episod kedua siri ini.

One Response

  1. siti hazreen November 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge