Jelajah Hartanah 2016 : Momen Pahit Manis (Part 2)

Sambungan,

Seminar Hartanah Penang (Julai)

  • Pertama kali aku mengadakan trip balik hari menaiki flight untuk seminar di luar Lembah Kelang dan destinasi terpilih ialah Pulau Pinang, Pulau Mutiara.
  • Trip balik hari ini pula dibuat di bulan puasa. Jadi, anda boleh membayangkan betapa letihnya aku dan pembantu aku ke sana sini seawal jam 4 pagi dan sampai hanya beberapa minit sahaja lagi sebelum berbuka puasa.
  • Penang tidak pernah menghampakan aku dengan kehadiran maksima, namun untuk kali ini, hanya 17 orang peserta sahaja yang hadir. Mungkin, bulan puasa menjadi asbabnya.

Seminar Hartanah Sabah (Ogos)

  • Trip paling happening untuk tahun ini. Disertai oleh seramai 10 orang Tim SLKK dan Kundasang menjadi destinasi tumpuan, bercuti sambil berseminar kali ini.
  • Hotel Grandis, lokasi seminar ternyata menjadi lokasi paling superb pernah dianjurkan manakala untuk penginapan 4 hari 3 malam ini, guesthouse kami telah ditaja oleh salah seorang peserta seminar sebelumnya. Dengarnya, sebagai tanda penghargaan di atas ilmu yang dikongsikan oleh aku sehingga membuatkan beliau berjaya membeli sebuah apartmen di bawah market value.
  • Aku turut membawakan Asyraf, sebagai hadiah untuk contest yang aku anjurkan sebelumnya. Segalanya ‘fully sponsored’ by our SLKK Team members. Thank guys.

Seminar Hartanah Johor (Ogos)

  • Kali kedua aku mengadakan perkongsian aku di Johor dan sepertimana sebelumnya, ianya dihadiri oleh ramai pencinta-pencinta dunia hartanah. Hampir 60 kesemuanya sehinggakan terpaksa ditambah kerusi.
  • Pertama kali pekena menu-menu femes seperti kacang pol dan murtabak Kg Melayu Majidee walaupun kami hanya berada kurang dari 24 jam di Johor.

Seminar Hartanah Pahang (September)

  • Trip paling sempoi untuk tahun ini. Hanya kami berempat (Izami, Iman, MB dan aku) berada dalam kereta yang ditaja oleh Shahkhairul Nizam (Putraz Car Rental). Sayangnya, Alza yang diminta, Innova yang ditaja. Frust aku.. hehehe.
  • Sekali lagi makan malam kami dipayung oleh Pnut, satu-satunya ‘Lembaga’ kepercayaan aku.

Seminar Hartanah Bintulu, Sarawak (September)

  • Seminar yang takkan aku lupakan kerana khalayak pendengar aku majoritinya adalah dari mereka yang mampu membaca pemikiran melalui gerak tubuh dan percakapan aku. Mana taknya, hakim mahkamah, anggota polis dan pakar sakit jiwa antara mereka yang bertentang mata dengan aku di dalam bilik seminar hari itu. Jammed !!
  • Jika ke Kuantan, aku ditaja dengan Innova, di Bintulu juga tidak terkecuali. Green Matrix telah sudi menyediakan Perodua Myvi sesampai sahaja aku di airport Bintulu sebelum makan malam dan tengahari dipayung sepenuhnya oleh hakim mahkamah beserta suami engineer beliau. Segan aku.
  • Pertama kali juga aku tidak cukup tidur ketika menyampaikan seminar. Mana taknya, jam 3 pagi baru kami balik ke hotel. Nak pusing-pusing bandar Bintulu la katakan, walaupun tiada apa yang dapat kami tengok kecuali laut.
  • Sepertimana Kuching, Bintulu merupakan destinasi kedua yang aku tidak langsung mendapat keuntungan dari penganjuran seminar aku. Namun aku tidak kecewa kerana aku rasa jauh lebih beruntung dapat mengenali insan-insan seperti Puan Rose dan Tuan Fahmi yang amat baik hati.
  • Tidak dilupakan, Bintulu juga menjadi satu-satunya seminar aku yang menyediakan sijil penyertaan. Rasa bangga juga bila dapat sign sijil tu walaupun hakikatnya, sijil tu belum tentu laku.. hehehe.

Seminar Hartanah Melaka (Oktober)

  • Trip yang mengejutkan !! Selain dari disakat hantu ketika menginap di hotel *tut*, jumlah pesertanya juga agak mengecewakan, kurang 15 peserta walaupun pada bulan Februari, seminar Melaka aku disertai oleh 55 peserta. Ini semua bahana Mark Zuckenberg yang telah menyekat status-status berbentuk jualan dan promosi.
  • Terhutang budi sangat-sangat kepada Tuan Ishak Amin yang sudi meminjamkan bilik seminar agensi beliau. Tidak terbalas rasanya budi yang beliau berikan. Moga Allah sahajalah yang mampu membalasnya.
  • Pertama kali aku menggunakan kereta sendiri untuk berseminar. Cumanya bukan aku yang memandu, sebaliknya khidmat Izami menjadi tagihan aku dan seperti biasa, imbuhannya hanyalah santapan seafood dan Asam Pedas Rahmah buat beliau. Thanks Bro.

Seminar Hartanah Kedah (November)

  • 9 orang sahaja yang mendaftar secara online. Sekali lagi aku mengesyaki ini semua kerja Mark Zuckenberg. Namun, Alhamdulillah di saat-saat akhir terdapat 6 orang pendaftar walk-in telah menyelamatkan kos penganjuran seminar ini.
  • Bilik seminarnya juga adalah yang paling kecil selama aku menganjurkan seminar sedari tahun 2011. Mungkin kerana aku memilih bilik kecil untuk crowd yang tidak sampai 10 orang pada mulanya.
  • Bertemu muka dengan seorang pelabur yang pada aku sudah cukup berjaya dengan portfolio landed dan shoplot yang dimilikinya. Jika pelabur tersebut ada terbaca kisah ini, nasihat aku, mulakan berkongsi kisah pelaburan anda agar lebih ramai akan menjejaki langkah anda.

Begitulah sedikit coretan momen-momen pahit manis aku di sepanjang Jelajah Hartanah aku untuk tahun ini dan inshaaAllah Jelajah Hartanah 2017 bakal dimulakan dengan negeri kelahiran aku sepertimana jadual berikut :

  • Januari – Ipoh
  • Februari – Kuching
  • Mac – Kuala Terengganu
  • April – Johor Bahru
  • Mei – Kota Kinabalu
  • Ogos – Penang
  • September – Kuantan
  • Oktober – Melaka
  • November – Alor Setar

 

5 Comments

  1. ira December 7, 2016
  2. hilangkaneyebag December 11, 2016
  3. Dak kamponk December 11, 2016
  4. RFS December 15, 2016
  5. Nurol Huda December 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge