Jelajah Hartanah 2017 : Seminar Hartanah Perak

Seminar Hartanah Perak 2017

Pengenalan :

Alhamdulillah.

Buat tahun ke-4 berturut-turut aku aku masih istiqamah untuk meneruskan Jelajah Hartanah aku bagi mendidik masyarakat, terutamanya anak-anak muda tentang pentingnya melabur di dalam bidang hartanah. Jika tahun lalu, ianya dimulakan di negeri selatan tanahair, Johor, makanya untuk tahun ini aku berhasrat untuk memulakannya di negeri kelahiran aku, Perak.

Berikut, adalah butiran berkaitan Jelajah Hartanah pertamaku ini.

  • Tarikh : 7 Januari 2017
  • Masa : 9 pagi hingga 1 petang
  • Lokasi : Hotel Seri Malaysia Ipoh
  • Yuran : RM99.00 sahaja

Topik :

Seperti biasa, beberapa topik bakal aku perhalusi di dalam siri jelajahanku ini antaranya,

  • Tips memilih hartanah berbaloi dilabur
  • Tips mudah lulus pinjaman
  • Teknik mendapatkan rumah di bawah nilai pasaran (below market)

Testimoni :

Alhamdulillah juga, rentetan dari beberapa jelajah hartanah sedari 2013, hampir semua respon yang aku terima amatlah positif. Di Penang, ada yang berjaya membeli hartanah pada harga kurang dari RM200K di Batu Feringghi. Di Kota Kinabalu, ada yang berjaya memujuk pemilik rumah menjual pada harga RM50K di bawah harga pasaran dan 1001 macam cerita mengagumkan dari bekas peserta.

Seminar Hartanah Perak

Jika anda berminat untuk turut serta, pendaftaran boleh dilakukan menerusi link –> INI.

Selamat Mendaftar.

5 Comments

  1. Nurol Huda December 27, 2016
  2. dakkamponk December 28, 2016
  3. ira December 28, 2016
  4. Amir Mazlan December 28, 2016
  5. zool January 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge