Tersenyum simpul aku membaca status Rohaniah Noor.
Aku tak nafikan terdapat segelintir dari rakan-rakan rapatku yang lagaknya seperti watak di dalam status di atas. Ingin kaya dan berjaya menjadi matlamatnya tetapi apabila diajak berkongsi tempat di dalam kelas ilmu, banyak pula alasan yang diberi.
“Lu kan ke member gua. Lu carikan je la mana-mana hartanah yang bagus, nanti gua kasi duit”
Semuanya inginkan jalan mudah. Huh!!
Mengimbau kembali penyertaan aku di kelas hartanah Azizi Ali sekitar tahun 2001 ternyata mendatangkan kesan. Walaupun RM899 tanda harga yang aku bayar, tetapi hasil yang aku kecapi hingga kini jauh melangkaui amaun yang aku bayar dahulu. Atas sebab itulah aku menanam tekad untuk berlagak seperti Azizi Ali, memberi ilmu dan mencelikkan anak-anak muda terhadap aspek pelaburan agar mereka akan lebih berjaya lagi daripada aku di masa depan. Yang lebih mengujakan aku, RM88 (Lembah Kelang) dan RM99 (Luar Lembah Kelang) adalah amaun penarik golongan ini ke kelas aku.
Bukan keuntungan total yang aku dambakan kerna mana mungkin amaun di bawah RM100 mampu menjadikan aku mewah. Apa yang lebih penting adalah perkongsian ilmu buat generasi muda dan untuk tahun 2015, beberapa negeri bakal aku jelajah (sila lihat info di bawah) dengan niat agar lebih ramai lagi yang akan menjadi celik pelaburan.
Jadual 2015.
- Februari – Ipoh
- Mac – Kuching
- April – Johor Bahru
- Mei – Kuala Terengganu
- Ogos – Kota Kinabalu
- September – Alor Setar/Penang
- Oktober – Melaka
- November – Kuantan
Moga dipermudahkan.
AE : Ada tak yang berminat untuk menaja jelajah ilmu 2015 ini? Jika ada, PM aku laju-laju. Pakej promosi menarik menanti anda.
Langkah yg baik utk memberi kesedaran untuk melabur dalam bidang hartanah. Insha Allah kalau ada kelapangan tahun depan nak join.
razis recently posted..Jangan Sesekali Lupakan Sumbangan Blog Pada Bisnes.
Mei nanti nak join, saya tunggu tarikhnya bro AE.
bro ae seminar 29hb nov.. di kuantan mcmana…
Wah jadual dah tersedia terbaik, boleh la blok siap2 nih
Kereta Sewa Shah Alam recently posted..Kereta Sewa Kota Damansara Lokasi Terbaru Perkhidmatan Kereta Sewa
hebat bro, kagum sikap dan perancangan
AZIZUL AZLI recently posted..C-4-10 Blok C, Taman Panorama Lapangan, Pengkalan Station 18, Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN