Geram.
Itulah perasaan aku tatkala terlihatkan buku Jootawan – Empayar Perniagaan Internet yang telah aku pesan di LAMAN INI, rupa-rupanya turut dijual di kedai buku MPH. Helaian demi helaian yang aku baca sepintas lalu menyebabkan ketidak-sabaran aku kian memuncak dan akhirnya RM44.90 aku keluarkan untuk dibuat bayaran bagi mendapatkannya.
RM44.90 memang agak mahal bagi sebuah buku berbahasa melayu tetapi percayalah, setiap bab yang korang akan baca pasti akan menyebabkan korang rasa tidak rugi untuk membayarnya. Lihat saja aku, walaupun 3 minggu lalu aku telah pun membelinya melalui internet tetapi aku masih lagi membelinya kerana isi kandungannya is soooo tempting..
Kenapa aku berkata begitu? Pertama-tamanya kerana jalan cerita tuan penulis kita, Saudara Ammar Zahar yang seakan-akan dekat dengan diri aku. Cuma yang membezakannya ialah beliau menjadikan perniagaan internetnya untuk menyara hidup beliau sedangkan aku, lebih kepada mendapatkan pendapatan sampingan setiap bulan. Ternyata setiap poin yang diceritakan dalam setiap bab bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan tetapi sebenarnya, ia lebih kepada motivasi positif dan komitmen berterusan kitalah yang bakal menentukan samaada apa yang kita lakukan itu akan berjaya atau tidak. Atas sebab itulah 2 poin tersebut menjadi poin awal yang diketengahkan di dalam buku ini. Bab-bab berikutnya lebih kepada cara dan langkah yang dianjurkan oleh tuan penulis agar apa yang bakal kita lakukan tidak akan lari dari matlamat kita untuk bergelar ‘jootawan’ internet. Jadi, buat korang yang berkeinginan untuk mengikut jejak langkah tuan penulis kita ini (sepertimana aku) apa tunggu lagi, dapatkan buku ini untuk memotivasikan diri korang ke arah itu.
AE : Masih menunggu naskah yang dibeli melalui internet untuk dijadikan giveaway contest yang akan datang.











supersonic commentator from shakiddo.com
KiD recently posted..BE ke 9 dari Nuffnang tapi Glitterati kena TARIK!
hi superkid…..
fasz recently posted..Wordless Wednesday : Apa kono eh jang part 2
Hai Shakiddo.com..
Hai Kak Fasz…
giveaway tu kasi aku je.. hehehee
*sambil lambai kat nurul*
KiD recently posted..BE ke 9 dari Nuffnang tapi Glitterati kena TARIK!
good luck kid.
fasz recently posted..Wordless Wednesday : Apa kono eh jang part 2
Hi Kid… (sambil lambai2).. hehehe
Nurul recently posted..Wordless Wednesday: Rindu ini
Nak! (^_^)
Nadot recently posted..Abang Ensem di Mata Aku
Tak sabar nak tunggu Giveaway dari AE.. Boleh menambahkan koleksi buku di rak rumah saya..
Semalam masa pergi lawatan kerja ke karangkraf sempat juga rembat dua buku.. Satu daripadanya berjudul “A-Z Blog: Tips untuk blogger wanita” sempat dah belek.. Beli jer terus buka plastik.. dan baca ala kadar masa dalam bas..
Buku yang kedua sampai sekarang belum buka plastik lagi..
Sebenarnya banyak lagi buku dalam rak yang belum sempat saya baca.. Tapi takper.. Ada masa nanti boleh baca.. Kalau ada rezeki dapat buku hasil tulisan Ammar Zahar ni enarik juga.. Manalah tahu sempena hari jadi AE nak bagi buku tersebut..
Anuar recently posted..Tiba-tiba BE bertukar menjadi Meter Earning.. Disebabkan..
Gua pernah join seminar buat ebook Ammar Zahar nie…. memang simple je orangnya… dia pun banyak dapat pendapatan pasif dari produk untuk market oversea….
hazman aka species1980 recently posted..Senarai HARGA MAKANAN di Super GT JAPAN 2012
Sekarang ni aku pun dalam mode membeli /baca buku, last month beli buku kat Mydin, local writer, habis baca dalam dua hari..
Sekarang pun tengah cari buku lagi…
ReM recently posted..Stamp Tenancy Agreement
hmm..nampak menarik
jeff recently posted..The Clambook- smart ultra-thin laptop powered by Android
tak sabar nak join kontest akan datang…
pernah jumpa buku beliau tapi tak beli lagi…Beli WTF? dulu… heheheh
Abang Ensem tak nak terbitkan buku ke??
daddydee recently posted..Juara Euro 2012
macam menarik juga buku tu
Lawrence Vision recently posted..Mencari Beg MacBook Pro
siapa yang nak memulakan pendapatan pasif, digalakkan membaca buku ini! memang recommended.
Saufi Karim recently posted..Soal & Jawab: Risiko beli rumah persendirian, pinjaman bersama dan juga perkongsiaan?
Terima kasih kepada AE kerana berkongsi info pasal buku ni. Makin terserlah kehenseman dirimu.. Hahaha..
FadzilahMamat recently posted..Restoran Lima Bintang Di Taman Pulai Utama..
hari nie nak pergi beli lah
mankuala recently posted..Abang Ensem DimataKu
teringat apabila membeli ebook pertama dr Ammar iaitu Affiliate A+…masa tu dia masih lagi student
Zarul Umbrella recently posted..Ais Krim Yogurt
Pingback: Projek Man Kuala | Abang Ensem's Blog