Jual rumah untuk beli handbag?

Sempena cuti sekolah yang bermula semalam, aku sempat membawa mem dengan anak-anak aku berjalan-jalan ke KLCC. Tujuannya tak lain tak bukan untuk menyedarkan mem aku tentang betapa bahayanya melepaskan laki dia ni pergi kerja naik LRT tiap-tiap hari. Mana taknya kalau dah setiap pagi dan petang si suaminya di’ulit’ dengan awek-awek yang ada kat dalam LRT tu, dah tentu la goyang iman si suami ni.. hahaha (best tak intro aku ni?)

Macam butik kat London la pulak..

Orang yang paling gembira semalam tak lain tak bukan la anak-anak aku. Maklumlah first time naik LRT. Habis semua benda yang ada kat dalam LRT tu ditanyanya tapi yang hairannya, takde la pulak dia suruh aku tanya siapa nama ‘akak’ yang duduk kat depan aku masa tu. Kalau tidak, ada la excuse aku nak ngayat ‘akak’ tu.. hehehe. Sesampai je ke KLCC, aku tengok mem aku punya senyuman sampai terkeluar rahang dari mulutnya.  Punyalah seronok. Habis semua butik di’redah’nya. Dari butik berbunyi melayu (FENDI) sehinggalah ke butik yang payah aku nak sebut (Bvlgari), semua barang-barang dalam butik tu digodeknya dan dalam banyak-banyak barang yang digodek, ada la satu handbag ni yang berjenama xxxx yang kalau mem aku pakai, mesti orang kata laki dia ni  mesti orang berada/berwang. Mana taknya.. dengan potongan handbag gaya klasik yang ranggi sudah cukup menampakkan sifat elegan si pemakainya. Tanpa segan silu aku pun bertanyakan la harganya dan korang tahu tak berapa ringgit tag pricenya?? Sama nilai dengan 10% downpayment rumah double storey aku yang aku duduk sekarang ni. Pergghhh.. nasib baik la mem aku tak suruh belikan kalau tidak, mau aku bagitau dia ayat berikut :

“Kita jual je la rumah yang kita duduk sekarang kalau you nak I belikan handbag tu”

Yang menjadi persoalan aku, siapalah agaknya yang sanggup nak beli handbag semahal itu? Tapi bila difikir-fikirkan balik, ramai lagi sebenarnya orang-orang kaya kat Malaysia ni dan mungkin juga para pelancong yang currency diorang lebih tinggi nilainya  jika dibandingkan dengan Ringgit Malaysia kita ni. Sepertimana handbag, terdapat juga condo-condo mewah di sekitar ibu kota ni yang mempunyai kadar sewa yang kadangkala tu tak masuk akal tetapi sebagaimana konsep  si pembeli dan si pemakai handbag tu tadi, mereka inilah sebenarnya yang berkemampuan nak menyewa condo-condo tersebut. Kesimpulannya di sini, kalau korang rasa nak ‘untung besar’, korang belilah condo yang juta-juta harganya ni dan carilah penyewa luar yang nilai matawangnya jauh lebih tinggi dan matawang kita. Insyaallah korang akan cepat jadi millionaire.

AE : Nasib baik la aku ni tak pandai speaking London, so tak payah la aku nak pening-peningkan kepala nak cari expatriate untuk menyewa rumah ‘flat’ aku tu.. hehehe.

9 Comments

  1. man kuala May 30, 2011
    • aBu May 30, 2011
  2. mizz bananaz May 30, 2011
  3. ayuraza May 30, 2011
  4. aslam May 30, 2011
  5. AkuTakHensem May 30, 2011
  6. peruzz May 31, 2011
  7. Click June 16, 2011
  8. hehehe February 8, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge