Jualan Amal Untuk Alia Haryanie

leaderboard2 denaihati Banner

Amat jarang untuk air mata aku tumpah melainkan berlakunya kematian di kalangan ahli keluarga terdekat. Namun ENTRI INI benar-benar menyentuh perasaan aku. Tak dapat aku (dan mungkin juga kalian) bayangkan jika ujian yang sama dihadapi oleh kita. Anak-anak kita yang masih kecil terpaksa melayan kerenah makan minum, duduk bangun kita tanpa kehadiran orang yang lebih tua untuk membantu. Apalah sangat daya seorang anak kecil yang terpaksa menunggu ibunya di hospital, tanpa makanan, minuman malah yang lebih penting, tanpa perhatian orang yang lebih tua. Bergenang air mata aku tatkala membaca baris-baris berikut di dalam salah satu entri di blognya :

Bila Aiman lihat mama menangis, Aiman boleh nasihati mama. “Jangan nangis lagi mama, nanti mama sakit. Aiman sayang mama. Aiman ada mama je..” *sebak*

Apa yang tergambar ketika ini, bukanlah anaknya yang berhadapan situasi tersebut sebaliknya anak aku sendiri yang memegang tangan aku sambil menuturkan ayat yang sama. Subhanallah besar sungguh ujian yang terpaksa dilalui oleh si ibu.

Jadi di kesempatan ini, aku memohon sekiranya masih ada perasaan belas di hati kalian marilah sama-sama kita membantu ibu muda ini. Kalau tidak berkemampuan dari segi wang ringgit, mungkin doa dari kalian sudah cukup  untuk meringankan ujian yang dihadapinya dan seperti lazimnya, bermula dari hari ini sehingga ke hari isnin (Nuzul Quran), semua hasil jualan ebook aku akan aku sedekahkan kepada Puan Alia Haryanie kerana rezeki yang aku perolehi itu pun datangnya dari Allah dan selayaknya digunakan untuk membantu mereka yang sedang diujiNya. Bak kata Saudara Eyriqazz.. “Mungkin hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita pula yang akan mengalami nasib yang sama”. So, buat kalian yang memang dah berniat untuk membeli ebook aku, gunakan kesempatan ini untuk turut sama membeli sambil menyumbang, manakala buat kalian yang ingin berurusan secara langsung dengan ibu muda ini, bantuan kalian boleh disalurkan ke nombor akaun (Maybank) berikut :

No Akaun : 553104558862 (Haryani Mat Hussin & Asiah Haron)

AE : Mohon entri ini di‘viral’kan di blog atau pun akaun facebook kalian.

This entry was posted in info and tagged . Bookmark the permalink.

8 Responses to Jualan Amal Untuk Alia Haryanie

  1. matjoe says:

    Entry wa dah up tgh hari tadi
    matjoe recently posted..Mat Tiger vs Bank Tiger

  2. azman says:

    Bro..kalau ada twitter or fb button lagi cepat boleh share entri ni…simpati dgn ibu muda ni.
    azman recently posted..Majlis Buka Puasa Bersama Anak Yatim

  3. maszull says:

    assalamualaikum abang ensem…sedihnya melihat penderitaan mama Aiman ni moga cpt2 sembuh yer …:(
    maszull recently posted..Dato Lee Chong Wei Boleh !!!

  4. Nadot says:

    Akan di’up’ kan nanti..tapi sambil tulis msti sambil nangis kot… bace 2 ayat kat blog dia je pun x leh tahan dah.. huhuhu
    Nadot recently posted..Gerai Ramadhan Precint 9

  5. Nurul says:

    Sedih.. Baca kat blog eyriqazz pun dah nangis..
    Nurul recently posted..Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom.

  6. Anuar says:

    Semoga Ibu Muda ini terus tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.. Diharap kita dapat bersama-sama membantu mana yang terdaya…
    Anuar recently posted..Keajaiban Memberi Sedekah di Bulan Ramadhan

  7. ohcikgu says:

    soon. akan cuba buatkannya ianya jadi viral.
    ohcikgu recently posted..Final Badminton Olimpik 2012 – Lee Chong Wei vs Lin Dan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge